Orang ramai dinasihatkan agar berhati-hati dengan
penjualan topeng muka dalam talian yang tidak wujud oleh sesetengah pihak yang
tidak bertanggungjawab.
Menurut Polis Diraja Malaysia (PDRM):
Sejak Disember tahun lalu, negara kita telah
terdedah kepada penularan wabak penyakit Novel Coronavirus atau dikenali
sebagai COVID-19 dan Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyarankan orang
ramai untuk mengambil pelbagai langkah pencegahan serta kawalan infeksi, di
antaranya dengan menggunakan topeng muka terutamanya semasa berada di luar dan
kawasan tumpuan orang ramai.
Ekoran daripada itu, ramai yang mengambil jalan
mudah untuk mendapatkan topeng muka dengan membuat pembelian dalam talian
mahupun daripada orang persendirian. Sesetengah pihak yang tidak
bertanggungjawab telah mengambil kesempatan dengan menjual topeng muka dalam
talian yang tidak wujud.
Semak kesahihan dahulu dan ambil langkah dengan
klik link di pautan portal SemakMule dari Jabatan Siasatan Jenayah Komersil
iaitu http://ccid.rmp.gov.my/semakmule/ sebelum melakukan
sebarang transaksi pemindahan wang dan jadilah pengguna yang bijak.
Sumber : Facebook Rasmi PDRM
0 Comments