1. Siapakah yang disyorkan ambil vaksin influenza?
a. Wanita yang hamil pada setiap peringkat kehamilan
b. Kanak-kanak dari umur 6 bulan
c. Orang tua > 65 tahun
d. Individu dengan masalah kesihatan kronik (asthma, masalah paru-paru kronik, masalah jantung
e. Kakitangan kesihatan
2. Apakah jenis vaksin influenza yang terdapat di pasaran Malaysia?
Setakat ini, terdapat 4 syarikat yang memasarkan vaksin ini di Malaysia iaitu:-
a. VaxigripTetra (SanofiPasteur)
b. Fluarix Tetra (GlaxoSmithKline - GSK)
c. Influvac (Abbott)
d. SKYCellflu (SK Chemicals)
Berapakah jenis kuman influenza yang dilindungi oleh vaksin?
Kesemua vaksin influenza hanya melindungi 4 jenis kuman influenza yang disarankan oleh WHO mengikut kajian mereka dengan pemantauan jenis influenza yang bakal menjangkit pada tahun seterusnya.
Virus influenza sentiasa bermutasi & bilangan jenisnya sentiasa bertambah. Secara amnya, ia dinamakan mengikut Jenis virus (A/B/C/D)/ Tempat virus dijumpai/ Nombor strain/ Tahun dijumpai/ Subtype virus (antigen permukaan virus – H-hemagglutinin atau N- Neuraminidase ).
Secara amnya, terdapat 2 kumpulan vaksin yang disyorkan untuk negara-negara yang berlainan berdasarkan kajian WHO iaitu Vaksin “Southern Hemispehere” dan Vaksin “Northern Hemispere”.
Vaksin “Southern Hemisphere” biasanya dilancarkan pada bulan April dan digunakan oleh kebanyakan negara di Hemisphera Selatan seperti Australia, New Zealand dan sebagainya manakala vaksin “ Northern Hemisphere” dipasarkan mulai bulan Oktober setiap tahun.
Vaksin yang terdapat di pasaran Malaysia sekarang adalah vaksin “Northern Hemiphere” yang dilancarkan mulai bulan Oktober tahun 2019
Mengapakah dikatakan Malaysia adalah istimewa dalam konteks vaksin influenza?
WHO telah menghasilkan peta “Influenza Vaccination Zone” mengikut kajian mereka untuk menentukan jenis vaksin yang digunakan mengikut 8 zon mengikut masa musim influenza negara masing-masing.
Malaysia dan Kenya TIDAK tergolong dalam mana-mana 8 zon tersebut. Negara kita dikatakan “Year-round” kerana musim influenza berlaku sepanjang tahun. Jadi, negara kita menggunakan kedua-dua jenis vaksin Southern Hemisphere (bermula April) & Northern Hemispehere (bermula Oktober)
Mengapakah vaksin influenza perlu diberikan setiap tahun?
Jenis virus influenza dalam vaksin influenza berubah setiap tahun. Sebagai contoh, bagi Northern Strain 2019-2020 yang terbaru, terdapat perubahan untuk 2 daripada 4 jenis virus influenza berbanding dengan tahun 2018-2019
Berapakah dos yang diperlukan untuk kanak-kanak?
Secara amnya mengikut jenis vaksin yang diberikan, kanak-kanak berumur bawah 9 tahun memerlukan 2 dos vaksin influenza dengan tempoh 28 hari di antara dos jika disuntik untuk kali pertama dan 1 dos bagi tahun-tahun seterusnya
Mengapakah kanak-kanak memerlukan 2 dos vaksin influenza untuk kali pertama?
Dos pertama biasanya adalah “prime” dos untuk mengaktifkan penghasilan antibodi dan dos kedua diberikan untuk menghasilkan antibodi yang optimum untuk perlindungan diri terhadap virus influenza.
Anak sulung saya dijangkiti Influenza A. Bolehkah anak yang lain dilindungi jangkitan dari anak Influenza A dengan vaksin sekarang?
TIDAK. Perlindungan yang sempurna untuk kanak-kanak bawah 9 tahun hanya 2 minggu selepas dos yang kedua.
Anak saya mempunyai alahan telur. Adakah dia selamat untuk diberikan vaksin influenza?
YA, dia adalah selamat untuk disuntik. Kajian mendapati vaksin influenza hanya mempunyai kurang daripada 1 mcg ovalbumin. Kandungan tersebut tidak akan menyebabkan alahan terhadap vaksin.
Vaksin influenza mempunyai profil keselamatan yang baik. Kesan sampingan yang biasa berlaku adalah tanda-tanda yang ringan dan akan hilang dalam masa 1 hingga 2 hari. Kesan sampingan termasuklah demam, sakit kepala, sakit otot, bengkak atau kemerahan pada tempat suntikan
Bilakah masa yang paling sesuai untuk mendapatkan vaksin influenza di Malaysia?
HARI INI. Sehingga tahun 2020, Malaysia tergolong dalam kumpulan “ALL-YEAR”. Maka kita mengalami pertukaran vaksin 2 kali setahun berbanding dengan negara yang lain iaitu pada bulan April & Oktober
adi adalah dinasihatkan agar mendapatkan vaksin ini sebaik sahaja vaksin baru di pasaran iaitu pada bulan Oktober ataupun April.
Sekiranya berlaku perubahan, doktor anda akan menggunakan jenis vaksin yang paling sesuai dengan musim influenza negara kita.
Untuk maklumat lanjut sila layar: https://www.who.int/ dan https://www.cdc.gov/
Sumber : Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (Twitter)
Sumber : Dr Siti Sarah Aishah Suhaidi (Twitter)
0 Comments