Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kembali menerima pertanyaan berkenaan status halal Penang Curry Laksa yang dijual melalui salah satu premis makanan di Pulau Pinang dan menggunakan bahan ramuan yang tidak halal.
Pengguna yang dihormati merujuk kepada laporan akhbar The Star bertarikh (2 Jun 2016) berkaitan penggunaan darah babi di dalam penyediaan Penang Curry Laksa yang di jual di Pulau Pinang dan juga di SS2, Petaling Jaya. Ianya adalah perakuan yang dibuat oleh peniaga berkenaan (David Tan) berkaitan hidangan _Penang Curry Laksa_ yang dijual di gerai jualannya di SS2, Petaling Jaya.
Untuk makluman pengguna, gerai jualan tersebut tidak pernah memiliki Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM).
Penjelasan berkenaan isu ini pernah dikeluarkan oleh pihak JAKIM pada 12 Jun 2016 lalu.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki SPHM, sila layari Portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di : - http://bit.ly/PenjelasanHalalTular.
Terima kasih "Yakini Halal Malaysia"
Diterbitkan pada 08 Oktober 2019
Diterbitkan pada 08 Oktober 2019
Sumber: JAKIM
0 Comments