Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) YB Saifuddin Nasution melalui akaun Twitter memberikan maklumbalas "Kenyataan Media di atas (screen shot)" Tindakan tegas akan dikenakan ke atas peniaga yang menaikkan harga secara tidak munasabah.
YB Saifuddin Nasution merujuk kepada aduan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkenaan kenaikan harga sayuran baru-baru ini. Kementerian melalui pegawai-pegawai Pemantau Harga (PPH) sudah maklum mengenai trend kenaikan dan mempunyai senarai premis secara terperinci.
Pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian telah diarahkan untuk memberi Notis 21 di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011 kepada premis-premis tersebut bagi mendapatkan penjelasan mengenai punca kenaikan.
Sekiranya didapati terdapat peniaga yang mengambil kesempatan menaikkan harga secara tidak munasabah sempena Tahun Baru Cina, tindakan tegas akan diambil mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti-Pencatutan 2011.
Juga ingin diingatkan bahawa Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) Tahun Baru Cina 2020 akan mula berkuatkuasa dari 20 Januari 2020 sehingga 2 Februari 2020.
Di bawah SHMMP Tahun Baru Cina, harga maksimum ditetapkan bagi 16 barangan keperluan utama. Senarai penuh boleh didapati di : https://t.co/DVWueR7xqS
Kenyataan Media - KPDNHEP
Kenyataan Media - KPDNHEP
Seramai 2,300 lebih pegawai-pegawai Penguatkuasa Kementerian akan aktif memantau semua premis peniagaan bagi memastikan kepatuhan dengan SHMMP Tahun Baru Cina 2020 dan tidak berlaku pencatutan.
Para pengguna juga boleh menyumbang kepada usaha ini dengan melaporkan kepada Kementerian melalui mana-mana 9 saluran aduan termasuk saluran WhatsApp di talian 019-2794317.
Kementerian tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang melakukan pencatutan atau tidak patuh dengan SHMMP Tahun Baru Cina 2020 dan rampasan serta tindakan tegas dalam bentuk denda dan/atau penjara akan dikenakan.
Sumber : Twitter YB Saifuddin Nasution
0 Comments