Penggemar tegar teh selepas ini harus lebih berwaspada untuk meminum teh. Hal ini kerana terdapat kajian yang telah menemui pada satu uncang teh mengeluarkan berbillion zarah plastik mikro. Para Penyelidik dari Universiti McGill di Kanada telah mendapati apabila uncang teh dimasukkan dalam cawan yang mengandungi air panas iaitu pada 95 darjah Celcius, uncang tersebut mengeluarkan 11.6 bilion zarah plastik mikro dan 3.1 bilion zarah plastik nano ke dalam cawan tersebut. Kita tidak dapat melihat ia dengan mata kasar tetapi zarah ini boleh dianalisis menggunakan Fourier Transform Infared spectroscopy (FTIR) dan X-ray Photoelectron microscopy (XPS)
Nilai
ini adalah tinggi berbanding zarah plastik mikro yang masuk ke badan manusia
dalam jangka masa setahun. Menurut suatu kajian yang diterbitkan pada tahun
2019, individu yang normal menelan sekurang-kurangkan 50,000 zarah plastik
mikro pada setiap tahun dan menyedut udara dengan jumlah kuantiti yang sama.
Menurut World Wide Fund for Nature, pada tahun ini dianggarkan individu normal
menelan sebanyak 5 gram plastik setiap minggu.
Para
penyelidik telah menguji empat jenis uncang teh komersial dari beberapa jenama
terkenal di Montreal, Kanada. Plastik
tersebut telah dibuka dan dibasuh kemudian diletakkan dalam air panas selama 5
minit sebelum dianalisis menggunakan mikroskop elekron dan analisis
spektroskopi. Menurut kajian ini, ia telah terbukti bahawa uncang teh tersebut
telah mengeluarkan lebih 11.6 bilion zarah mikro yang mempunyai jisim yang
lebih berat berbanding makanan lain. Mereka telah melakukan beberapa ujikaji
pada beberapa sampel tambahan dan mendedahkan bahawa bahan tersebut telah sah
diperbuat daripada PET iaitu sejenis polyster dan nylon berdasarkan struktur
yang dilihat pada mikroskop. Katanya lagi plastik tersebut datang daripada
uncang teh berkenaan dan bukannya dari teh. Kajian ini telah diterbitkan oleh
jurnal Enviromental Science & Technology.
Apabila
pihak penyelidik menghubungi syarikat teh untuk bertanyakan tentang bahan
pembuatan uncang teh, mereka mengatakan kebanyakan masyarakat tidak kisah
dengan penggunaan plastik dalam pembuatan uncang teh namun dakwaan itu
disangkal oleh mereka kerana hakikatnya masyarakat sebenarnya ambil peduli cuma
mereka tidak tahu. Banyak syarikat teh telah memberikan maklumat yang
mengelirukan tentang bahan pembuatan uncang teh dengan mengatakan ia diperbuat
daripada bahan semula jadi seperti diperbuat daripada kapas namun hakikatnya
mereka menggunakan nylon. Akhirnya masyarat yang tidak tahu tentang perkara itu
meletakkan kepercayaan mereka dengan membeli teh yang mengandungi plastik. Oleh
itu kaedah yang terbaik untuk memastikan teh yang diminum bebas dari plastik
berbahaya atau bahan kimia seperti polypropylene, bancuh teh dengan kaedah
tradisional dengan menggunakan penapis. Kaedah ini memerlukan masa untuk
membuang hampas namun lebih berbaloi.
Kebanyakan
uncang teh yang berada di pasaran diperbuat daripada gentian semulajadi.
Walaupun kebanyakan jenama menggunakan gentian semulajadi namun ia mengandungi
plastik untuk menutup uncang berkenaan. Ada beberapa jenama uncang teh telah
bertukar daripada kantung kertas kepada uncang plastik dan plastik inilah yang
dikaji oleh penyelidik di makmal. Plastik mikro adalah sangat kecil dimana
penyelidik mendefinisikan diantara 100 nanometer (nm) ke 5 milimeter (mm) yang
banyak telah di kitar semula dari penguraian plastik yang terbuang. Para
penyelidik telah menemukan plastik mikro di udara, tanah, sungai dan laut di
kebanyakan negara di seluruh dunia termasuklah dalam botol air yang diminum dan
makanan laut. Terbaharu, mereka turut menemui plastik mikro dalam najis manusia
buat pertama kalinya pada bulan Oktober yang lalu.
Rujukan:
Sumber: majalahsains.com
0 Comments