Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) mengumumkan bermula hari ini, (15 Januari 2020) rakyat Malaysia dan peniaga-peniaga tempatan akan mendapat manfaat yang besar dari Program e-Tunai Rakyat.
Inisiatif Kerajaan ini membolehkan setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun layak menerima RM30 melalui salah satu daripada tiga pengendali e-dompet yang terpilih, iaitu Grab, Boost dan Touch ‘n Go.
Untuk menebus e-Dompet percuma bernilai RM30 aktifkan aplikasi e-Dompet anda sebelum 14 Mac 2020.
Jangan lepaskan peluang ini, salah satu inisiatif e-Dompet ini bagi menyokong dan menggalakan aplikasi melalui e-Dompet.
Sumber : MOF
0 Comments