MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

#PrayForAustralia



SYDNEY: Kebakaran hutan meluas merebak secara tidak terkawal di pantai timur Australia, sabtu (4 Januari 2020) ekoran suhu tinggi dan angin kencang sehingga menyebabkan pasukan bomba bertungkus lumus berjuang menyelamatkan nyawa dan harta benda penduduk.


Perubahan keadaan angin juga memburukkan situasi kerana menyebabkan beberapa kebakaran besar bercantum.

Menjelang lewat petang, Victoria merekodkan 14 kebakaran pada tahap kecemasan atau amaran yang memerlukan pemindahan, New South Wales mempunyai 11 kebakaran kecemasan selain lebih 150 kebakaran lain di seluruh beberapa negeri itu.

Banyak kebakaran baharu turut dilaporkan dan ada kebakaran lain sudah melepasi garisan kawalan.

“Ada beberapa kebakaran bercantum, ia sangat kuat dan sangat besar sehingga mencetuskan beberapa ribut petir api,” kata Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Luar Bandar (RFS) New South Wales, Shane Fitzsimmons.

Perdana Menteri Scott Morrison memaklumkan 23 kematian akibat kebakaran di seluruh negara itu, pada musim kali ini, sejak September lalu. Katanya, 12 kematian membabitkan mangsa terkorban, minggu ini sahaja. - Reuters


Kebakaran hutan ini juga boleh dilihat melalui pandangan angkasa lepas, jelas kelihatan berwarana merah api yang panas membakar di peta Australia.

Akibat dari kebakaran hutan yang melanda Australia menyebabkan:
  • Seramai 24 orang terkorban
  • 500 juta haiwan mati 
  • 8,000 Koala mati
  • Lebih 5.5 juta hektar dibakar (saiz Belgium) 
  • Lebih daripada 1,400 rumah dimusnahkan 
  • Lebih daripada 10 juta orang terjebak dalam asap kebakaran 

Berikutan musibah itu, kira-kira lebih 50 orang Muslim mengadakan solat sunat bagi memohon hujan sekaligus mengurangkan kebakaran di Bonython Park di Adelaide hari ini. (5 Januari 2020)


Seorang paderi, Patrick McInerney dari Pusat Perhubungan antara Kristian dan Muslim turut menyertai sesi ibadah tersebut dengan berdoa supaya hujan rahmat dapat diturunkan.


Hari ini saya menyertai saudara-saudara Islam saya di Adelaide berdoa untuk memohon hujan.

“Kawan saya, Profesor Mohamad Abdalla memberikan khutbah yang menekankan mengenai taubat dan kepercayaan kepada Tuhan yang Maha Penyayang,” katanya.


Allah Maha Berkuasa dan Allah Maha Penyayang Lagi Maha Mengasihani dan apa yang berlaku semua dalam pengetahuan Allah.

Hari ini 5 Januari 2020 juga hujan turun di Australia dan membantu meredahkan kebakaran.


Sumber : Berita Harian,  Twitter dan borakdaily.com

Post a Comment

0 Comments