Tular melalui WhatsApp satu surat yang dikeluarkan oleh Pejabat Mufti Negeri Sabah berhubung Waktu Solat Subuh dan Imsak mengikut isi surat tersebut hendaklah ditambah lapan (8) minit daripada waktu yang sedia ada berkuatkuasa mulai 9 Jamadilakhir 1441 bersamaan 3 Februari 2020, bagi negeri Sabah.
Perubahan ini berdasarkan darjah kedudukan matahari di bawah ufuk dalam menentukan waktu terbit fajar sodiq daripada 20° kepada 18°
Waktu baru ini bermula 3 Februari 2020
Sumber : Pejabat Mufti Negeri Sabah
0 Comments