Perusahaan Otomobil Kedua Sdn Bhd (PERODUA) membuka tempahan untuk
model Perodua Bezza 2020 yang akan dilancarkan secara rasmi pada 8 Januari ini.
Versi
terbaharu sedan popularnya itu menawarkan rekaan, pemanduan dan keselamatan
pintar.
Dibangunkan
berdasarkan maklum balas pelanggan, Perodua Bezza 2020 ditawarkan dalam varian
1.0 G MT, 1.0 G AT, 1.3 X AT dan 1.3 V AV, berharga atas jalan tanpa insurans
bermula dari RM34,580 hingga RM49,980.
Presiden
dan Ketua Pegawai Eksekutif PERODUA, Datuk Zainal Abidin Ahmad, berkata
pengeluar kereta nasional itu kini menerima tempahan untuk Perodua Bezza 2020
menerusi kesemua 186 pusat jualannya di seluruh negara.
“Perodua
Bezza adalah sedan pertama kami dan juga sedan kenderaan cekap tenaga (EEV)
pertama di Malaysia, dengan ‘upper-body’ yang direka sepenuhnya oleh kami.
“Ia
terbukti popular dalam kalangan rakyat Malaysia, dengan jualan 184,000 unit
sejak pelancarannya pada Julai 2016,” katanya dalam satu kenyataan.
Perodua
Bezza menawarkan kecekapan bahan api, kualiti, praktikaliti, kos pemilikan
rendah dan ruang dalaman yang luas di samping boleh dipercayai dan mudah
dipandu – semua dalam satu pakej yang kompak dan menarik, menjadikannya
kenderaan yang menepati citarasa dan diminati ramai.
Versi
terkini Perodua itu tampil dengan gril hadapan dan bampar baharu, juga lampu
hadapan LED dan skirt sisi dwi-tona yang kedua-duanya terdapat pada semua
varian.
Varian
X dan AV dilengkapi dengan rim aloi 15 inci manakala cermin sisi berkuasa boleh
laras kini terdapat pada semua varian (boleh lipat untuk varian AV).
Dua
warna luaran baharu ditawarkan bagi Bezza iaitu Garnet Red (bagi varian 1.3
liter saja) dan Granite Grey menyertai empat warna yang sedia ada iaitu Ivory
White, Glittering Silver, Ocean Blue dan Sugar Brown.
Sistem
Bantuan Pemanduan Selamat (ASA) 2.0 kini memasuki barisan Perodua Bezza
menerusi varian AV, menjadikannya sedan dengan ciri sedemikian yang paling
mampu milik di Malaysia.
ASA
2.0 yang membantu mengurangkan risiko pelanggaran terdiri daripada Pengesan
Pejalan Kaki (sehingga 50 km/j), Amaran Pra-Pelanggaran (sehingga 100 km/j),
Brek Pra-Pelanggaran (sehingga 80 km/j), Amaran Pergerakan Hadapan dan Kawalan
Kesilapan Pedal.
Di
samping itu, varian X kini didatangkan dengan Kawalan Kestabilan Kenderaan
(VSC) dan kawalan cengkaman yang mana sebelum ini hanya terdapat pada varian
AV.
Kombinasi
meter beriluminasi putih menaikkan lagi gaya sudut dalaman, manakala kemasukan
dan penghidup enjin tanpa kunci, serta sensor sisi hadapan, terdapat pada
varian X dan AV. Semua varian didatangkan dengan sensor undur; varian AV turut
menambah kamera undur.
Zainal
Abidin berkata, sebagai syarikat yang mengutamakan insan, PERODUA sentiasa
mendengar pendapat pelanggan untuk menambah baik produk dan perkhidmatan
seperti yang direalisasikan menerusi Perodua Bezza 2020.
“Kami
berharap penambahbaikan yang telah kami lakukan boleh bergabung dengan
kelebihan yang sedia ada termasuk ruang bagasi seluas 508 liter dan kecekapan
bahan api sehingga 22 kilometer per liter (km/l) untuk memberikan pengalaman
permotoran yang anda inginkan selama ini,” katanya.
Perodua
Bezza 2020 didatangkan dengan waranti lima tahun/150,000 km (yang mana
terdahulu).
Harga
Perodua Bezza 2020:
- Varian 1.0 G MT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown & Granite Grey) - RM34,580
- Varian 1.0 G AT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown & Granite Grey) - RM36,580
- Varian 1.3 X AT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown, Granite Grey & Garnet Red) - RM43,980
- Varian 1.3 AV AT (pilihan warna Ivory White, Glittering Silver, Ocean Blue, Sugar Brown, Granite Grey & Garnet Red) - RM49,980
Berminat Klik : http://bit.ly/2020Bezza
Sumber
: Perodua & Berita Harian
1 Comments
News says that Perodua Axia is coming too
ReplyDelete