MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Kod E Yang Dikaitkan Mengandungi Lemak Babi


Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memperjelaskan dakwaan sebuah mesej yang dikitar semula, yang mendakwa kononnya kod E dikaitkan dengan kandungan lemak babi sepertimana yang tular di media sosial.

Kekeliruan dan salah faham pengguna terhadap Kod E 441 mula timbul apabila terdapat pihak tidak bertanggungjawab kembali menularkan status halal produk-produk makanan yang mengandungi bahan aditif E 441. Untuk makluman, kod E 441 merujuk kepada pengkelasan bahan aditif makanan sama ada dari kelas penstabil, emulsifier, pemekat dan pelembap yang digunakan pada produk-produk makanan.
Perlu difahami bahawa produk yang menggunakan Kod E serta memperoleh pengesahan halal dari JAKIM/JAIN atau badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM adalah halal dimakan tanpa was-was. Produk Nutella misalnya, mempunyai pengesahan halal dari National Independent Halaal Trust (NIHT) iaitu salah satu badan pensijilan halal yang diiktiraf oleh JAKIM di negara Afrika Selatan.
Diterbitkan 8 April 2019
Sumber : JAKIM 

Post a Comment

0 Comments