Pihak
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) mula menerima pertanyaan awam mengenai
satu sebaran kon aiskrim sebuah jenama terkenal dan merupakan pemegang Sijil
Pengesahan Halal Malaysia (SPHM). Tular ini berpunca daripada satu tulisan
beserta beberapa keeping gambar yang menunjukkan seolah-olah kon tersebut
diperbuat dalam keadaan yang menjijikkan.
Untuk
makluman pengguna, penjelasan mengenainya telah dimuat naik oleh syarikat
terbabit. Untuk keterangan lanjut sila klik pautan berikut: www.mcdonalds.com.my
Justeru,
masyarakat pengguna dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menularkan
sebarang berita berkaitan isu yang tidak diketahui status kebenarannya dengan
merujuk pihak berautoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah dan salah faham sesama
ummah yang akan menjejaskan keharmonian negara.
Untuk
mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengesahan Halal
Malaysia (SPHM), sila layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my. Semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.
Ikuti penjelasan berkenaan isu-isu halal yang tular di :-
http://bit.ly/PenjelasanIsuHalalTular
"Yakini Halal Malaysia"
Sumber: Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.
emel: pr_halal.islam@1govuc.gov.my
Telefon : 03-88925000/1
08 Januari 2020
Di bawah dikongsikan gambar viral melalui WhatsApp yang Admin sendiri dapat menerusi WhatsApp:
Isu Halal : Ramuan Haiwan Wajib Diperiksa
Di bawah dikongsikan gambar viral melalui WhatsApp yang Admin sendiri dapat menerusi WhatsApp:
Isu Halal : Ramuan Haiwan Wajib Diperiksa
0 Comments