Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi Multi
Media Malaysia (SKMM) telah berjaya mengadakan Majlis Pelancaran Aplikasi
Smart Hadith di Hotel Zenith Putrajaya.
Majlis
ini telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof, Menteri di
Jabatan Perdana Menteri. Aplikasi Mobil Smart Hadith dengan tagline “Hadith
Sahih Di Hujung Jari” yang dibangunkan ini merupakan satu platform yang
mudah digunakan oleh pengguna bagi mendapatkan hadith yang sahih. Terdapat
pelbagai koleksi hadith berdasarkan kitab, bab, perawi dan lain-lain.
Objektif utama aplikasi ini dibangunkan
adalah :-
- Memartabatkan hadith sebagai rujukan kedua selepas al-Quran;
- Sebagai gerbang maklumat alternatif (kedua) yang disediakan untuk pengguna mendapatkan pelbagai koleksi hadith;
- Menjadi pemudahcara dalam proses semakan dan carian hadith sahih;
- Membantu golongan sasaran seperti pendakwah, penyelidik, pensyarah dan pelajar;
- Meningkatkan kepantasan capaian terhadap maklumat yang disediakan;
1.
Fungsi utama aplikasi Smart Hadith;
- Carian;
- Hadith harian;
- Perkongsian maklumat ke media sosial
- Hadith yang paling popular
- Bookmar dan
- Pertanyaan
Projek
ini dibiayai sepenuhnya oleh Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia
(SKMM) dan telah dibangunkan bermula pada 8 Mac 2018 dan siap sepenuhnya pada
28 Februari 2019.
Sumber : Laman Rasmi JAKIM
0 Comments