Setiap menjelang perayaan Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baharu Cina, Depavali dan sebagainya pastinya balik kampung dan menziarahi atau bertandang ke rumah adik beradik, saudara mara dan rakan - rakan menjadi amalan bagi mengeratkan silaturrahim dan hubungan kekeluargaan serta merayakan perayaan tersebut.
Berikut dikongsikan panduan keselamatan meninggalkan rumah bagi mengelakkan kecurian dan memastikan rumah dalam keadaan selamat.
- Pastikan semua pintu dan tingkap di kunci dengan betul
- Pastikan semua suis ditutup dan plag dicabut daripada soket
- Pastikan tiada barang berharga ditinggalkan seperti wang ringgit, barang kemas dan seumpamanya
- Pastikan penggera keselamatan berfungsi dan disambung dengan pihak berkuasa
- Pastikan dapur gas telah ditutup dan dicabut dari tong gas
- Hentikan langganan surat khabar bagi mengelakkan penjenayah mengetahui rumah ditinggalkan kosong
- Maklumkan kepada jiran berhampiran dan berikan no handphone / telefon yang mudah dihubungi.
Semoga panduan di atas dapat memberikan manfaat buat kita bersama dan panduan ini juga boleh digunapakai pada hari - hari biasa semasa ketiadaan anda di rumah.
Sumber : BH Online
0 Comments