KERAP melihat kesusahan dan kepayahan yang dialami oleh keluarga miskin mendorong seorang pemuda membuka sebuah warung menawarkan menu RM1 bagi membantu penduduk sekitar Kampung Sungai Padang dekat sini.
Zulkifli
Ismail, 39, berkata beliau mengambil keputusan membuka warung yang dinamakan
sebagai Selera D’ Bendang Senja awal bulan lalu berkonsepkan pemandangan sawah
padi apabila kerap melihat keluarga besar terpaksa berbelanja lebih setiap kali
keluarga makan di restoran atau kedai makan.
“Apabila
kita makan di kedai, kalau bawa seorang dua anak mungkin ibu bapa mampu
membayar harga makanan tetapi jika jumlah ahli keluarga yang besar bukan semua
orang mampu,” katanya.
Katanya,
sejak warungnya tular dalam laman sosial, pelanggan tidak putus-putus datang ke
kedainya, malah ada pelanggan dari Perak sanggup datang ke Perlis semata-mata
untuk merasai laksa utara yang menjadi menu paling laris.
“Alhamdulillah
sambutan yang diterima luar biasa, kurang tiga jam semua makanan sudah habis
dijual…saya buka warung jam 11 pagi dan jam 1.30 tengah hari dah boleh tutup
kedai,” katanya.
Setiap
hari Zulkifli yang dibantu oleh tiga pekerja akan memasak sebanyak lapan
kilogram (kg) beras pulut, 20kg beras, 20 bungkus laksa dan 20 ekor ayam.
Bapa
kepada dua anak itu berkata pelbagai menu yang ditawarkan pada harga RM1 iaitu
nasi lemak, bihun sup, mi sup, kuetiau sup, maggi sup, nasi goreng termasuk
menu paling laris iaitu pulut ayam, laksa utara, nasi ayam dan nasi daging. Pelbagai
jenis minuman juga pada harga sama termasuk ais batu campur (ABC), cendol dan
laicikang.
Ketika
ditanya apakah dengan menjual makanan pada harga RM1 memberikan keuntungan
ketika harga barang yang tidak menentu ketika ini, Zulkifli berkata semua makanan
ini dimasak sendiri olehnya dan orang yang berkunjung ke sini bukan hanya makan
satu jenis hidangan, malah berkali-kali tambah pesanan.
Sementara
itu, pelajar tingkatan 5, Zaidi Putra Zakariah, 17, ketika ditemui berkata dia
sanggup menyimpan duit poket yang dibekal ibunya untuk ke sekolah semata-mata
untuk makan di sini.
Zaidi
berkata meskipun harga yang ditawarkan RM1 untuk setiap jenis hidangan, dia
berpuas hati dengan makanan yang disediakan.
Seorang
lagi pelanggan, Nurul Natasha Asmira Azhar, 16, berkata makanan yang dtawarkan
di sini sangat sedap selain kuantiti yang banyak mengenyangkan perutnya.
Sumber : mstar
Sumber : mstar
0 Comments