MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Malaysia Di Kedudukan Ke - 16 Indeks Keamanan Global 2019




Indeks Keamanan Dunia atau dalam bahasa Inggeris disebut Global Peace Index (GPI) adalah suatu usaha untuk mengukur kedudukan relatif sesuatu negara atau wilayah khusus berkenaan aspek keamanan yang dialaminya. Ia merupakan suatu produk dari Institut untuk Ekonomi dan Keamanan (IEP). 

Indeks ini dibangunkan dengan kerjasama dan perbincangan bersama panel antarabangsa yang terdiri dari pakar ilmu keamanan dari pelbagai institut kajian keamanan di pelbagai peringkat. Hasil penyenaraian indeks turut melibatkan perolehan data dari institut polisi dan data yang berjaya dikutip dihimpunkan oleh Unit Kepakaran Ekonomi.

Berikut dikongsikan kedudukan Top 10 GPI:-
  1. Iceland 
  2. New Zealand
  3. Portugal 
  4. Austria 
  5. Denmark 
  6. Kanada 
  7. Singapura 
  8. Slovenia 
  9. Jepun 
  10. Republik Czech 
Manakala Malaysia berada di kedudukan ke - 16 negara paling aman di dunia menerusi laporan Indeks Keamanan Global (GPI) 2019.


Laporan GPI ini turut mengiktiraf Malaysia sebagai negara di kedudukan ketiga paling aman di Asia Tenggara selepas Jepun dan Sinagapura.

Laporan GPI ini adalah penting bagi semua negara yang terlibat begitu juga dengan Malaysia kerana ia akan menarik perhatian pelabur dan pelancong asing untuk datang dan membuat pelaburan di Malaysia.

Sumber : Wikipedia dan Bernama 

Post a Comment

0 Comments