MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Maklumat Influenza dan Langkah-Langkah Pencegahan


Influenza lazimnya dipanggil selesma adalah jangkitan virus yang mudah berjangkit melalui titisan salur pernafasan yang dilepaskan oleh pesakit melalui batuk atau bersin. Virus influenza ini kerap bermutasi untuk mengadaptasi keadaan persekitaraan, ubat dan antibodi badan. jadi, tidak hairan sekiranya individu berulang-ulang dijangkiti influenza.

Di Wuhan, China dilaporkan sedang mengalami wabak jangkitan salur pernafasan "misteri" dan kini dipantau oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Namun, kejadian jangkitan influenza di Malaysia adalah tidak sama dengan jenis influenza di Wuhan.

Walaupun jenis influenza berbeza, pencegahan tetap diperlukan bagi megelak jangkitan ini. Suntikan vaksin influenza pada setiap tahun adalah cara terbaik untuk mencegah penyakit ini. Selain dari suntikan, amalkan cara pencegahan influenza seperti :
  1. Sekiranya mengalami gejala demam dan batuk, segera dapatkan rawatan
  2. Elakkan berjumpa dengan rakan aau saudara mara atau ke tempat-tempat awam
  3. Pakai penutup hidung jika berada di tempat awam
  4. Tutup hidung dan mulut dengan tisu, tuala atau sapu tangan apabila batuk atau bersin. bunag tisu yang telah digunakan
  5. Basuh tangan dengan air dan sabun selepas batuk atau bersin, selepas menyentuh hidung, mulut atau mata. Cecair hand sanitizer juga boleh digunakan 
  6.  Elak berkongsi peralatan peribadi seperti tuala, sapu tangan dan lain-lain
  7. Pastikan pengudaraan dan pengcahayaan yang baik dalam rumah, dan tempat kerja
  8. Bersihkan lantai dan meja yang tercemar dengan cecair hidung dan mulut

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Post a Comment

0 Comments