MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Majlis Pelancaran Nirtunai Ekosistem DuitNow QR


YB Tuan Lim Guan Eng, Menteri Kewangan Malaysia menghadiri Majlis Pelancaran Nirtunai Ekosistem untuk Cyberjaya dengan DuitNow QR (Malaysia National QR) di RekaScape, Cyberjaya. 

DuitNow QR adalah sebuah sistem kod QR kebangsaan di bawah Rangka Kerja Pindahan Kredit Saling Boleh Kendali (ICTF) Bank Negara Malaysia (BNM) & Cyberjaya menjadi bandar pertama di Malaysia mengadaptasi sistem tersebut di bawah seliaan Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).


Turut hadir ke majlis tersebut adalah Pengerusi Cyberview Sdn Bhd yang juga Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Ahmad Badri Mohd Zahir, Pengarah Urusan Cyberview, Mohd Najib Ibrahim, Pengerusi Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet).

Sumber : Kementerian Kewangan Malaysia (MOF)

Post a Comment

0 Comments