MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Langkah Pencegahan Novel Coronavirus


Novel Coronavirus di China telah dilaporkan merebak ke Beijing & Shenzhen dengan 2 dan 1 kes masing-masing. Sebanyak 139 ke baru dicatatkan pada Sabtu dan Ahad (18 dan 19 Januari 2020) sahaja di China. 

Kebanyak pesakit yang positif coronavirus mengalami masalah pernafasan. Menurut WHO Coronavirus masih tidak dapat dipastikan cara jangkitan. Namun jangkitan manusia ke manusia tidak dinafikan.

Coronavirus(CoV) adalah famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit darai selesma hingga ke penyakit lebih teruk seperti MERS-CoV dan SARS-CoV.

Novel Coronavirus pula adalah merujuk kepada spesis yang belum pernah ditemui oleh manusia.

Langkah pencegahan WHO menyarankan:
  • Kerap mencuci tangan
  • Menutup mulut dan hidung ketika bersin dan batuk
  • Masak daging dan telur dengan sempurna
  • Elak sentuhan dengan individu yang mempunyai gejala
Untuk pengetahuan  Novel Coronavirus di China adalah tidak sama dengan influenza di Malaysia. Namun pencegahan kedua-dua penyakit adalah hampir sama.

Malaysia melalui Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah mengambil langkah berjaga-jaga risiko penularan virus ini dengan mengetatkan kawalan kesihatan di pintu masuk utama antarabangsa seperti di Lapangan Terbang, Pelabuhan, dan Sempadan.

Saringan kesihatan di klinik kesihatan dan hospital juga daipertingkatkan terutamanya kepada mereka yang baru pulang dari negara berkenaan. 

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

Post a Comment

0 Comments