MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Kriteria Kelayakan Program i-Suri Fasa 1 Tahun 2020


Program  Caruman  Sukarela  Insentif  Suri  atau  i-Suri  telah  dilancarkan  oleh YAB Dato’ Seri  Dr.  Wan  Azizah  Dr.  Wan  Ismail,  Timbalan  Perdana  Menteri  merangkap  Menteri Pembangunan   Wanita,   Keluarga   dan   Masyarakat   pada 8   Ogos   2018   semasa International   Social   Security   Conference(ISSC)   2018   anjuran   Kumpulan   Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Berdasarkan statistik pelaksanaan program ini yang bermula pada 15 Ogos 2018, jumlah ahli yang berdaftar sehingga 15 Disember 2019 adalah seramai 140,398 orang di mana 120,010 orang (85.48%) daripadanya telah mencarum di bawah program ini. Kumpulan sasar  yang  memenuhi  kriteria  kelayakan  akan  diberikan  insentif  bagi  setiap  caruman sukarela berjumlah minimum RM5 sebulan ke akaun KWSP, Kerajaan akan memberikan insentif  sebanyak  RM40  sebulan.  Sehubungan  dengan  itu,  ahli  yang  telah  mencarum telah   berjaya menerima   manfaat   insentif   Kerajaan   yang   melibatkan   keseluruhan peruntukan  sebanyak  RM7.93  juta  (RM7,931,305.26).  Tempoh  bayaran  insentif  ini adalah bagi Januarihingga Jun 2019.

Bagi  pelaksanaan  fasa  pertama  pada tahun  2019,  kumpulan  sasar  yang mendapat manfaat  di  bawah  skim  ini merupakan  suri rumah  kepada  Ketua  Isi  Rumah  (KIR), KIR dalam kalangan ibu tunggal, balu dan wanita belum berkahwin (bujang) yang berdaftar dalam  Sistem  eKasih  kendalian  Unit  Penyelarasan  Pelaksanaan,  Jabatan  Perdana Menteri (ICU JPM) sehingga 30 November 2018.
Dalam  usaha  memastikan  program  ini  terus  mewujudkan  jaringan  keselamatan  sosial seterusnya memperkasa hak wanita dan mengiktiraf kepentingan peranan kaum hawa, Kerajaan  telah  memperhalusi  kriteria  kelayakan  program  i-Suri  fasa  pertama  bagi pelaksanaan tahun 2020 di mana kriteria kelayakan yang ditetapkan ialah: 

i.isteri kepada Ketua Isi Rumah (KIR);


ii.KIR Wanita dalam kalangan ibu tunggal, balu atau wanita belum berkahwin;


iii.berumur 18 hingga 59 tahun pada tahun 2019;


iv.warganegara Malaysia sahaja;


v.berdaftar   dan   telah   disahkan   status   dalam   Sistem eKasih   kendalian   Unit Penyelarasan  Pelaksanaan,Jabatan  Perdana  Menteri  (ICU  JPM)  sehingga  30 November 2019;


vi.berstatus Miskin Tegar/Miskin dalam eKasih; dan


vii.tidak  mengira status  pekerjaan  di  mana  untuk  yang  bekerja  di  sektor  formal, mereka masih perlu mencarum di bawah Skim i-Suri (insentif Kerajaan diberikan untuk bahagian yang dicarum sendiri, tidak termasuk caruman daripada potongan gaji dan caruman majikan)


Program i-Suri ini juga sentiasa ditambah baik dari semasa ke semasa berdasarkan input dan  maklumat  yang  diterima  daripada  semua  pihak.  Bagi  pelaksanaan  tahun  2020, kaedah  caruman  ke dalam  akaun KWSP dipermudahkan  di mana  mulai  Januari  2020, caruman  juga  boleh  dibuatsecara  tunai/kad  debit  Bank  Simpanan  Nasional  (BSN) melalui mana-mana ejen BSN di seluruh negara. Kerajaan juga memanjangkan manfaat i-Suri melalui perlindungan keselamatan sosial di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO)  dengan  peruntukan  sebanyakRM20  juta  disediakan  kepada  PERKESO bagi tujuan ini.

Usaha membuat tabungan dan simpanan KWSP untuk suri rumah melalui skim insentif ini adalah sebagai salah satu langkah Kerajaan untuk mewujudkan jaringan keselamatan sosial. Kerajaan berharap kumpulan sasar yang berkelayakan akan mengambil peluang ini  untuk  meningkatkan  kesejahteraan  kehidupan  mereka  untuk  hari  tua.  Ini  selaras dengan  matlamat jangka  panjangbagi  pelaksanaan  program  caruman  KWSP  kepada suri  rumah  iaitu  menyediakan  jaringan  keselamatan  sosial  yang  komprehensif  kepada semua rakyat Malaysia.

Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat
22Januari 2020


Sumber : Kenyataan Media



Post a Comment

0 Comments