MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

KKM Mempertingkatkan Langkah-Langkah Pencegahan & Kawalan Wabak Jangkitan Penyakit Novel Coronavirus.


Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terus mempertingkatkan langkah-langkah pencegahan dan kawalan wabak jangkitan penyakit Novel Coronavirus. 

Kes-kes yang disyaki akan diperiksa dan dirujuk ke hospital untuk pengambilan sampel serta pemantauan perkembangan gejala kes.

Kes-kes ini dipantau sehingga tamat tempoh inkubasi virus ini iaitu sekurang-kurang 14 hari dari tarikh pendedahan atau berlepas dari negara China. 

Ia selari dengan Seksyen 14 Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Prosedur ini dilakukan bagi memastikan pencegahan penularan serta kawalan optima penyakit ini dapat dilaksanakan.

Mana-mana orang yang tidak mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh mana-mana pegawai diberi kuasa, sekiranya disabitkan kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara

selama tempoh tidak melebihi dua (2) tahun atau didenda atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 24(a) Akta yang sama. 

KKM telah bekerjasama dengan pelbagai agensi termasuk pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) bagi membantu mengesan kes-kes yang disyaki serta kes

yang disahkan bagi tindakan isolasi dapat disempurnakan, demi menjaga ketenteraman dan kesihatan awam. - Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah @DGHisham

Sumber : KKM & Infografik Bernama

Post a Comment

0 Comments