1. Semakin bertambah usia semakin lemah tangan menggenggam... kerana Allah sedang mendidik kita agar melepaskan cinta dunia.
( Qs. Hud : 15-16 )
2. Semakin bertambah usia semakin kabur mata kita... keranana Allah sedang mencerahkan mata hati untuk melihat Akhirat.
( Qs. Al Isra:72 )
3. Semakin bertambah usia semakin sensitif perasaan kita... kerana Allah sedang mengajarkan bahawa pautan hati dengan makhluk senantiasa menghampakan, namun hati yang berpaut kepada Allah tiada pernah mengecewakan. ( Qs. Al Lukman : 22 )
4. Semakin bertambah usia semakin gugur gigi² kita... kerana Allah sedang mengingatkan bahwa suatu hari kita akan gugur kedalam tanah selamanya.
( Qs. Ali Imran : 145 )
5. Semakin bertambah usia semakin ditarik nikmat kekuatan tulang dan sendi kita... kerana Allah sedang mengingatkan bahawa tak lama lagi nyawanya akan di ambil.
( Qs. An Nisa : 78 )
6. Semakin bertambah usia semakin putih rambut kita... kerana Allah sedang ingatkan kain kafan yang putih.
( Qs. Ali Imran : 185 )
7. Begitu juga hati kita... semakin bertambah usia semakin sepi dan ingin bersendirian, kerana Allah sedang mendidik kita untuk melepaskan cinta manusia dan dunia.
( Qs. Al-An'am : 32 )
Sumber : WhatsApp
0 Comments