Soalan
Adakah harus mengerjakan solat Tahyat Masjid ketika Khatib sedang membaca Khutbah?
Jawapan:
Berkata Syeikh Ramli:
Ertinya: "Bagi yang masuk ke dalam masjid dan khatib sudah berada di atas mimbar disunatkan solat tahyat masjid dan hendaklah ia meringkankan solat tahyat tersebut."
(Kitab An-Nihayah jilid 2 m.s 321)
Ini adalah berdalilkan hadith Sulaik Al-Ghatfani r.a dimana beliau masuk ke dalam masjid lalu duduk dan Nabi s.a.w sedang berkhutbah lalu baginda bersabda:
Ertinya: "Wahaik Sulaik! Bangun dan solatlah dua rakaat dan ringkan (ringkaskan) pada kedua rakaat itu. Kemudian Nabi s.a.w bersabda: Apabila datang seorang kamu pada hari jumaat pada hal imam sedang membaca khutbah maka hendaklah ia solat dua rakaat dan ringkan solat tersebut."
(Hadith Imam Muslim)
Ada pun jika ketika ia masuk dan khatib sudah dihujung khutbah maka hendaklah ia berdiri menunggu solat jumaat didirikan dan meninggalkan ia akan solat tahyat masjid.
Wallahua'lam
Sumber : ustaz Azhar Idrus
0 Comments