Bagi pihak negara
anggota Kesatuan Eropah (EU), Majlis EU meluluskan keputusan untuk
menyempurnakan perjanjian bagi membolehkan Britain/United Kingdom (UK) keluar daripada
blok berkenaan, menurut kenyataan pada Khamis.
Agensi berita
Xinhua melaporkan keputusan berkenaan dibuat sehari selepas sesi plenari
Parlimen Eropah meluluskan perjanjian Brexit dengan 621 menyokong, 49 menentang
dan 13 berkecuali.
Pemimpin politik
EU dan Britain/UK sudah pun menandatangani perjanjian itu yang merintis laluan
pengunduran secara teratur UK daripada EU.
Ia meliputi hak
warga negara, penyelesaian kewangan, tempoh peralihan, protokol mengenai
Ireland dan Ireland Utara serta beberapa isu lain, menurut kenyataan itu.
Perjanjian
berkenaan akan berkuat kuasa dengan penarikan diri Britain/UK daripada EU pada malam
Jumaat, menamatkan keanggotaan negara itu selama 47 tahun.
Rakyat Britain
mengundi untuk keluar daripada EU menerusi pungutan suara pada Jun 2016 dan
kerajaan itu secara rasmi memaklumkan kepada EU mengenai hasrat mereka pada Mac
2017.
Menjelang 1 Feb,
UK tidak lagi dianggap sebagai negara anggota EU, meskipun ia akan terus
mengguna pakai undang-undang EU sehingga tempoh peralihan tamat pada akhir
2020.
Berikut
adalah perincian utama Brexit:
• Britain/UK berkata
sudah bersedia memulakan rundingan perdagangan pada 1 Februari, namun semua
negara anggota EU masih berbincang mengenai apa yang dikehendaki daripada
rundingan itu.
• Perdana Menteri
Britain/UK, Boris Johnson akan memberikan idea berhubung perjanjian perdagangan
bebas, selaras dengan persetujuan terkini EU bersama Kanada, dalam ucapan pada
awal Februari.
• Mandat EU boleh
diluluskan oleh semua menteri pada 25 Februari, cadang pegawai di Brussels,
sekali gus bermakna rundingan boleh dimulakan sekitar 1 Mac.
• Britain berharap
untuk mengadakan perbincangan perdagangan bersama Amerika Syarikat (AS) dan
negara bukan EU pada waktu yang hampir sama.
• Perdagangan
bukan satu-satunya isu yang perlu diselesaikan bersama Brussels, namun Britain/
UK dan EU akan meneruskan kerjasama rapat dalam aspek penguatkuasaan
undang-undang, pendidikan dan tenaga, di samping beberapa isu lain.
• Tempoh peralihan
dijangka berkekalan sehingga 31 Disember, 2020.
Britain/UK boleh
meminta untuk melanjutkan tempoh selama setahun atau dua tahun, namun perlu
memaklumkan perkara itu kepada EU menjelang 1 Julai.
• Johnson
menegaskan beliau tidak akan membuat permintaan itu dengan berkata, Britain/UK
perlu segera bebas dari peraturan dan perundangan EU pada kadar segera.
• Tanpa sebarang
lanjutan atau perjanjian perdagangan, hubungan antara Britain/UK dan EU akan
menjadi buruk menjelang akhir 2020.
• Perjanjian
baharu akan membolehkan kedua-dua pihak meneroka jalinan kerjasama baharu.
Kegagalan untuk
mencapai persetujuan bermakna, segala perdagangan merentasi negara,
pengangkutan dan aspek lain akan terjejas. - AFP
Sumber : AFP & BERNAMA
0 Comments