Perkongsian asal mengenai tips bawang menyerap virus influenza di udara telah di kongsi lebih 23 ribu netizen.
TIADA kajian saintifik yang dapat membuktikan hirisan bawang untuk merawat dan mencegah penyakit
Tips yang dikongsikan lebih daripada 23 ribu netizen ini berasal dari kepercayaan masyarakat kuno sejak tahun 1500 lagi.
Pada ketika itu hirisan bawang diletakkan di dalam bilik untuk mencegah wabak Plague, ia itu sejenis penyakit yang menyebabkan kematian hampir 200 juta manusia ketika itu.
Penggunaan hirisan bawang ini berasal dari teori Miasma, iaitu teori kesihatan purba yang percaya 'udara kotor' merupakan punca kepada penyebaran penyakit berjangkit.
Masyarakat ketika itu percaya, udara malam merupakan udara yang merbahaya dan perlu dielakkan.
Teori Miasma telah terbukti TIDAK TEPAT selepas penerokaan sains dan teknologi semakin berkembang. Punca sebenar yang menyebabkan jangkitan penyakit telah ditemui iaitu berpunca dari KUMAN.
Selain dari hirisan bawang yang diletakkan di dalam bilik untuk membersihkan udara di dalam bilik, amalan popular yang melibatkan penggunaan bawang adalah dengan meletakkan hirisan bawang di dalam sarung kaki dan dipakai semalaman. Tips ini juga telah dibuktikan dengan kajian saintifik TIDAK berkesan.
Khasiat Bawang
Walaupun bawang merupakan sejenis sayur sayuran yang berkhasiat dan baik untuk kesihatan.
- Bawang kaya dengan Flavonoids yang mempunyai fungsi anti kanser dan anti radang
- Bawang juga merupakan sumber viramin C yang baik dan baik untuk fungsi imun badan.
- Ia juga untuk kesihatan rambut dan kulit
- Mempunyai Vitamin C, merupakan bahan penting dalam penghasilan kolagen
- Apa yang menarik dalam satu pengumpulan hasil kajian pada tahun 2010, pengambilan bawang (yang kaya dengan organosulfur) boleh melindungi dari penyakit jantung.
Khasiat bawang ini hanya diperolehi sekiranya anda MAKAN bawang, BUKAN meletakkan bawang di sudut bilik .
Fakta dan info telah dikongsikan, pilihan sentiasa di tangan anda.
Sumber: Public Health Malaysia
0 Comments