Bantuan Haji masih diteruskan untuk Musim Haji
1441H / 2020M. Bakal Haji Muassasah yang tunai haji kali pertama tahun ini
termasuk mereka yang berjaya dalam permohonan rayuan haji hanya bayar RM9,980
seperti tahun-tahun sebelum ini.
Bagi yang merayu, keutamaan pemilihan akan di beri
kepada mereka yang membuat rayuan mahram, lanjut usia serta pembantu lanjut
usia dan mereka yang telah terpilih pada tahun sebelum ini tetapi terpaksa
menangguh pemergian haji.
Keutamaan pertimbangan juga akan diberikan kepada
mereka yang giliran menunaikan haji pada tahun berikut 1442H / 2021M.
Sebagai satu usaha penambahbaikan, Tabung Haji
telah memperkenalkan Borang Rayuan Haji yang seragam bagi mempertingkatkan proses
rayuan haji bagi jemaah yang ingin menunaikan haji pada musim haji 1441H /
2020M ini.
Borang ini memberi ruang kepada sesiapa yang merayu
dan jika terpilih, mereka boleh secara sukarela bersetuju untuk membayar penuh
RM22,900 untuk tunai haji secara Muassasah.
Untuk tahun-tahun yang sebelum ini, Tabung Haji
sudah pun memberi pilihan kepada jemaah haji Muassasah untuk membayar penuh.
Jika mereka tidak memilih untuk membayar penuh bayaran haji RM 9,980 kekal.
Pendeposit yang ingin membuat rayuan haji boleh memuat turun
borang rayuan haji di sini atau mendapatkannya di Pejabat
Cawangan yang berdekatan. Manakala, borang yang telah lengkap diisi hendaklah
diserahkan ke kaunter-kaunter 125 cawangan yang terdekat termasuk cawangan di
UTC seluruh negara yang berhampiran.
Pihak TH akan mengeluarkan surat perakuan
penerimaan rayuan haji pada tahun semasa kepada mereka dan seterusnya rayuan
tersebut dimasukkan ke dalam sistem TH untuk diproses.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut berkenaan rayuan
haji, boleh menghubungi talian khidmat pelanggan (THCC) kami di +603-6207 1919.
Sumber : Tabung Haji
0 Comments