STEM merupakan singkatan untuk Sains, Teknologi, Matematik dan Kejuruteraan (Engineering).
Di Malaysia, STEM merujuk kepada dasar pendidikan dan pilihan kurikulum sekolah dalam usaha untuk meningkatkan daya saing dalam bidang sains serta teknologi kepada pelajar.
Pendedahan STEM boleh dilakukan melalui :
- Keluar melihat persekitaran untuk menggalakkan perasaan ingin tahu
- Melawat Pusat sains seperti Pusat Sains Negara, Petrosains atau Planetarium Negara untuk memberi pendedahan sains kepada mereka
- Merangsang minat melalui permainan kesukaan mereka seperti LEGO atau alat muzik
Dalam pada itu, ibu bapa juga boleh memberi pendedahan tentang STEM kepada anak mereka bermula dari rumah.
Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
0 Comments