Pelancaran penggunaan Integrated Enforcement Management Systems (IEMS), oleh Menteri KPDNHEP YB Saifuddin Nasution pada 20 Januari 2020 baru-baru ini memudahkan tugas -tugas penguatkuasaan.
IEMS adalah sistem pemantauan dan kompaun digital bagi melakukan perubahan ke atas sistem penguatkuasaan di Kementerian sejajar dengan Revolusi Industri 4.0.
Didapati kaedah cara pengkompaunan manual menggunakan buku nota yg diamalkan sejak 47 tahun lalu agak ketinggalan dibandingkan dgn arus modenisasi yang sering berubah.
Pembangunan sistem IEMS ini dapat memperkasa dan mempertingkatkan tugas-tugas penguatkuasaan dengan menggunakan teknologi terkini dan meningkatkan produktiviti serta kompetensi pegawai-pegawai KPDNHEP.
Sistem IEMS ini juga dapat meningkatkan pengurusan penguatkuasaan dengan lebih sistematik, teratur dan menjimatkan masa di mana pelaporan dapat diperolehi dan dikemaskini dalam tempoh 24 jam berbanding sistem lama menggunakan Excel yang mengambil masa 1-2 minggu.
Paling penting sekali, penggunaan sistem kompaun digital dapat meningkatkan kebolehpercayaan orang awam dalam menangani persepsi negatif seperti suapan dan imbuhan untuk mengelak dikenakan tindakan ketika melaksanakan tugas-tugas penguatkuasaan.
Meningkatkan kecekapan Bhg Penguatkuasa @mykpdnhep salah satu keutamaan KPDNHEP dalam usaha menjaga kebajikan pengguna
Sistem ini akan mula digunakan sepenuhnya di enam negeri iaitu Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya, Melaka, Selangor, Perlis dan Negeri Sembilan dan seterusnya diperluaskan secara berperingkat ke seluruh negara.
sumber : Twitter YB Saifuddin Nasution
0 Comments