Kanak-kanak
yang sedang membesar memang akan mempunyai sifat ingin tahu dan aktif mencuba
sesuatu yang baru. Jadi, ibu bapa perlu lah sentiasa berhati-hati dengan
sekeliling dan pantau anak-anak supaya tidak berlaku apa apa yang tidak
diingini. Seperti kisah yang dikongsikan ini dimana malang tidak berbau, ibu
ini kongsi detik cemas anaknya tercekik duit syiling 20 sen dan berhadapan
dengan pelbagai dugaan setibanya di hospital. Memang merupaka pengalaman ngeri
buat mak ayah!
ANAK
TERCEKIK DUIT SYILING, TERCUNGAP-CUNGAP
Sebenarnya
untuk iktibar semua kalau nak kata kecuaian daripada kami ya, kami mengaku, dan
kanak-kanak ni juga sejuta kemungkinan boleh terjadi, dalam umur yang aktif nak
explore segala macam benda sekeliling.
Reza
tercekik coin, jam 10pm bed time semua dah masuk tidur kecuali husband aku,
kerja, dalam jam 11 pm Reza belum tidur dan cari daddy, daddy kat depan
tertidur di sofa, Reza keluar & masuk bilik balik tepuk aku yang tengah
tidur, aku dengar dia macam tersedak-sedak dan nampak samar-samar dia tercungap
dan susah bernafas. Aku terus tepuk belakang dia konon nak buat step yang macam
aku selalu tengok macam mana nak handle bila anak choking.
Bukan
mudah! sebab Reza keraskan badan, kepala dongak cuba mencari nafas, sebelah
tangan aku tak mampu nak angkat badan dia dengan sebelah lagi tepuk belakang,
lagipun dia meronta dengan kuat, aku jerit panggil husband, husband tepuk2 dan
angkat tangan Reza. Akhirnya dengar bunyi Reza nangis lega aku! Allahhu!.
Tengah menangis Reza muntah, muntah susu yang dia minum jam 10pm tadi. Tapi
hanya susu.
Aku
cakap husband ada benda yang Reza dah telan, tapi kami tidak tahu benda apa,
dan dia muntah lagi, Reza nampak lemah pucat, dia tertidur aku monitor je nafas
dia, sambil tangan kalut goggle info. Masa dia tidur air liur banyak keluar, ni
antara simptom dia tertelan sesuatu. Terus aku ajak husband pergi klinik, jam
dah 11.30pm. Dalam perjalanan muntah lagi, sampai klinik pun muntah lagi masa
tunggu turn jumpa doctor (fast lane), tidak ada xray kat klinik Azzahran (rosak
katanya) doctor bagi reference letter kami ke Hospital Annur Bangi, xray ada
tapi ON CALL kena tunggu dalam masa 1 jam untuk juru xray datang Reza muntah
lagi, dan baru aku perasan Reza ni tak bercakap pun selepas tercekik, dia lemah
je mungkin mengantuk juga.
DUIT
SYILING TERSEKAT DI ANTARA SALURAN PERNAFASAN DAN PEMAKANAN
Tengah
xray dia muntah lagi. Dan dia memang tertelan sesuatu iaitu syiling 20@50 sen!
Panic dah aku sebab syiling tu tersekat ditekak dia antara saluran pernafasan
dan pemakanan. Jam 1.30am jumpa doctor dan dimaklumkan Hospital Annur tidak ada
alat untuk keluarkan syiling tersebut (dah order katanya tapi belum sampai.
Kami dicadangkan ke KPJ Kajang dengan cepat dan kena monitor muka(takut bertukar
biru) dan nafas Reza, ada time macam susah Reza nak tarik nafas. Sepanjang
perjalan ke KPJ Kajang tangan aku sentiasa didada Reza. Jauh sangat rasa
perjalanan tu. Reza tidur dan masih tidak bercakap aku tanya dia angguk geleng
je. Aduhhhh!
Sampai
KPJ bahagian kecemasan aku cakap yang anak aku tertelan/tercekik sesuatu, terus
receptionist tu cakap sorry bilik baby penuh dan kami takde bilik sekarang dan
dicadangkan pergi je hospital lain, eh taik je! aku dah naik angin sebab ini
adalah harapan terakhir kami setelah 3 tempat pergi untuk rawatan. Dia terus
tolak kami tanpa tengok xray yang aku bagi dia, kemudian aku cakap kami
emergency anak dah sesak nafas kau nak suruh aku pergi mana lagi? Alasan kau
simple takde bilik! And macam ni ke kau layan customer kau? (Maaf ye bahasa
baik tetiba hilang pulak time ni) Kemudian doctor lelaki nama Nur (tak ingat
nama penuh) datang dan maklumkan yang takde bilik nak stay kalau kena warded
nanti, husband aku dah marah, wah! Banyak nya penduduk Kajang sakit malam ni?!
“panggil
manager aku nak jumpa!”
aku
dah nangis time tu!
MASALAH
DENGAN PENGURUSAN HOSPITAL SWASTA
Sebab
bilik tak ada mereka tidak mahu rawat anak aku, kalau time tu jugak anak aku
collapse macam mana?! Sorang wanita India datang, Sarojini (manager / sister) dia
yang terangkan bahawa KPJ tidak ada Pakar Bedah Kanak- Kanak. Aku terus cakap
habis apa yang korang nak ding dong dari tadi pasal bilik penuh?! Cuba cakap
dari mula lagi yang korang TAKDE PAKAR BEDAH KANAK KANAK, mesti kami faham dan
terus ke hospital lain, mesti korang tertanya kenapa nak pegi private kan? Time
ni kami nak cepat, anak sesak nafas mesti nak rawatan yang cepat, lagipun KPJ
ni antara panel company husband. Akhirnya hospital terdekat adalah hospital
Kajang kami terus ke situ, nak ke Serdang jauh dan takut apa apa terjadi kat
Reza sebab dah terlalu lama.
Terus
ke kecemasan dan terus ke zon kritikal. Dengan segera doctor perempuan check
Reza check heartbeat check oksigen semua masih terkawal cuma nafas ada kalanya
sangkut2. Kemudian ada lagi doctor lelaki datang jumpa kami dan check Reza
sekali lagi, terus ambil xray yang kami bawa, ajak kami sama2 tengok xray Reza
dengan cerita yang teliti. Dr. Ahmad Afiq dengan muka yang asyik tersenyum
sengeh, penerangan yang jelas, serba sedikit hilangkan rasa panic gusar kami.
Akhirnya Allah jumpakan kami dengan malaikat kecilnya . Terima kasih semua
doctor staf kecemasan Kajang . Alhamdulillah warded jam 5am Hospital Kajang.
Dr
Afiq maklumkan akan jalankan 1 lagi xray untuk kesan pergerakan coin tu dah ke
mana dah masuk tabung atau belum. Jadi kami tunggu xray buka jam 8 pagi.
Sementara itu nurse still monitor keadaan Reza. Alhamdulillah . Aku boleh rest
baring sama-sama dengan reza. Husband balik ambil kakak dan hantar dia ke
sekolah, dari jam 11.30pm kami tinggalkan dia seorang tidur di rumah.
DUIT
SYILING MASIH TAK BERGERAK
Xray
kali kedua kedudukan syiling masih sama tak bergerak. Kami dicadangkan ke HKL
kerana Kajang tidak ada equipments yang cukup untuk operation.
3.30pm:
sampai HKL dengan ambulance siap je
warded 3-4 orang doctor pakar datang interview kami, operation 6.30pm
ditangguhkan 2 jam sebab Reza minum air dia minta sendiri dari katil depan dia.
Aku dengan husband ada urusan di emergency jadi kami tinggalkan dia sekejap.
8.30
malam : Masuk OT, aku pangku Reza dia tidur masa tu lemah sebab dah hampir
20jam puasa. Aku masuk sama2 dalam OT doctor biuskan Reza dalam dakapan aku,
beberapa saat saja Reza dah lembik dengan air liur banyak keluar berbuih buih.
Doctor bius suruh aku cium dia dan doakan dia kuat dan selamat. Nangis aku!
10
pm : Alhamdulillah syiling berjaya dikeluarkan. Terima kasih semua doctor pakar
& staff paediatric HKL.
Aku
sarankan kepada semua ibu bapa sekiranya Allah uji kamu sama seperti aku,
segeralah ke Hospital Besar daerah masing-masing jangan tangguh. Aku takut kes
seperti aku berulang kepada kamu dan masa untuk menyelamatkan anak-anak kamu
singkat @ tidak cukup.
*coin
yang Reza telan mungkin jatuh dari pocket seluar husband sebab dia tertidur di
sofa selepas balik kerja. Sebelum ni sebiji lego pun tak pernah dia masukkan
dalam mulut. Terima kasih semua staff Hospital Kajang & HKL – Hospital
Wanita & Kanak Kanak Kuala Lumpur yang melayani kami dengan sangat baik.
Sumber
: Songket GedungSulam
0 Comments