MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

7 Amalan Hebat



Pertama : Tahajjud

Kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Pastinya doa mudah termakbul dan menjadikan kita semakin dekat dengan Allah Swt.

Kedua : Membaca Al-Qur’an

Sebelum terbit matahari, alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Paling tidak jika sesibuk apapun kita, bacalah walau beberapa ayat...

Ketiga : Jangan tinggalkan masjid

Terutama di waktu subuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan karena panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Ke-empat : Jaga solat dhuha

Kerana kunci rezeki terletak pada sholat dhuha.
Yakinlah, manfaat sholat dhuha sangat dasyat dalam mendatangkan rezeki...

Kelima : Jaga sedekah setiap hari

Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Percayalah, sedekah yang diberikan akan dibalas oleh Allah dengan berlipat-ganda...

Ke-enam : Jaga wuduk

Terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwuduk. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib..

Orang yang selalu berwudhu sentiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak sholat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa : " ampuni dosanya dan sayangilah dia ... Yaa Allah ”.

Ketujuh : Amalkan istighfar setiap saat

Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah Swt.

Sebarkanlah ilmu ini untuk manfaat bersama.
Mari sama-sama kita tingkatkan iman dan ilmu 

Sumber : WhatsApp 

Post a Comment

0 Comments