Perayaan Tahun Baru Cina akan menjelang tidak lama lagi. Tahukah anda kesan pengambilan alkohol ketika memandu ? jika anda ingin mengambil minuman beralkohol, anda DILARANG dan TIDAK BOLEH memandu kerana ianya akan memberi kesan yang tidak baik terhadap pemanduan anda.
6 kesan pengambilan alkohol terhadap pemanduan
6 kesan pengambilan alkohol terhadap pemanduan
- Memperlahankan masa tindak balas
- Menggangu keseimbangan & koordinasi anda
- Menyukarkan penilaian jarak & kelajuan
- Mengurangkan keupayaan memberi & menumpukan perhatian
- Menyebabkan penglihatan kabur & pendengaran kurang jelas
- Menyebabkan anda terlebih yakin dan mudah mengambil risiko
JANGAN MEMANDU sekiranya anda dalam pengaruh alkohol.
Sekiranya anda dalam pengaruh alkohol apa yang perlu di lakukan:-
- Minta seseorang untuk menghantar anda pulang
- Gunakan teksi atau pengangkutan awam
0 Comments