MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

10 Tips Keselamatan Makanan Semasa Banjir


Berikut dikongsikan 10 tips keselamatan makanan semasa banjir:


  1. Sentiasa minum air yang telah dimasak atau air terawat yang dibotolkan. Penggunaan air mineral adalah digalakkan.
  2. Makan makanan yang telah dimasak sahaja 
  3. Buang makanan yang telah terendam dengan air banjir atau rosak 
  4. Elakkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang belum dimasak
  5. Tutup makanan supaya tidak dicemari makhluk perosak seperti lalat,  tikus dan lipas
  6. Bagi mereka yang mempunyai anak pastikan penyediaan susu yang selamat untuk anak anda
  7. Percayakan deria anda dan amalkan "lihat,  hidu dan rasa"
  8. Jangan makan yang dihidang melebihi 4 jam ketika itu makanan berpotensi dicemari bakteria kesan dari banjir 
  9. Jaga kebersihan diri basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
  10. Jaga kebersihan persekitaran

Semoga maklumat di atas bermanfaat terutamanya mereka yang tinggal di kawasan berisiko mengalami banjir.

Sumber : KKM

Post a Comment

0 Comments