Berikut dikongsikan 10 tips keselamatan makanan semasa banjir:
- Sentiasa minum air yang telah dimasak atau air terawat yang dibotolkan. Penggunaan air mineral adalah digalakkan.
- Makan makanan yang telah dimasak sahaja
- Buang makanan yang telah terendam dengan air banjir atau rosak
- Elakkan makan makanan mentah seperti ulam-ulaman dan sayur-sayuran yang belum dimasak
- Tutup makanan supaya tidak dicemari makhluk perosak seperti lalat, tikus dan lipas
- Bagi mereka yang mempunyai anak pastikan penyediaan susu yang selamat untuk anak anda
- Percayakan deria anda dan amalkan "lihat, hidu dan rasa"
- Jangan makan yang dihidang melebihi 4 jam ketika itu makanan berpotensi dicemari bakteria kesan dari banjir
- Jaga kebersihan diri basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
- Jaga kebersihan persekitaran
Semoga maklumat di atas bermanfaat terutamanya mereka yang tinggal di kawasan berisiko mengalami banjir.
Sumber : KKM
0 Comments