Kementerian Kewangan akan mengkaji waktu operasi
Pusat Transformasi Bandar (UTC) dari semasa ke semasa bersesuaian dengan
perubahan dan kemampuan kewangan kerajaan.
Timbalan Menteri Kewangan Malaysia, Datuk
Amiruddin Hamzah berkata kajian itu akan mengambil kira beberapa faktor bagi
memudahkan rakyat berurusan dengan jabatan atau agensi berkaitan.
Antara faktor yang akan diambil kira adalah:
- kos operasi (gaji, elaun dan kemudahan petugas jabatan atau agensi, komponen bayaran sewa ruang pejabat, penyelenggaraan dan utiliti ).
- kesesuaian waktu operasi dengan lokasi sesuatu UTC (bangunan tersendiri atau di pusat membeli belah).
- kesesuaian dengan masyarakat setempat.
Lokasi bagi UTC seperti di Sabah dan Sarawak
turut mempengaruhi waktu operasi pusat tersebut di kedua-dua negeri berkenaan.
Memandangkan waktu urusan sekarang adalah tidak
sesuai dan masa terhad bagi penjawat awam, swasta atau mereka yang bekerja dari
jam 8 pagi sehingga jam 5 petang.
Faktor kesesakan lalulintas dan jarak (jauh) ke
UTC menyukarkan bagi mereka yang waktu bekerja tamat pada jam 5 petang.
Adalah diharapkan pihak kerajaan mempertimbangkan
perubahan waktu beroperasi UTC di semua negeri bagi memudahkan masyarakat
berurusan dan faktor kewangan kerajaan Malaysia perlu diambil kira dalam
perubahan operasi waktu UTC ini.
Waktu Operasi UTC Sabah & Sarawak Setakat Ini
Waktu Operasi UTC Sabah & Sarawak Setakat Ini
Sumber: Bernama dan Penulis sendiri
0 Comments