MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tip Keselamatan Motosikal Menunggang Semasa Hujan


Berikut dikongsikan tip keselamatan motosikal menunggang semasa hujan.

Hargai nyawa anda dan ingat orang tersayang.

1. Elakkan Lopak Air

Air yang bertakung boleh menutupi lubang atau benda berbahaya yang mungkin menyebabkan kemalangan.

Apabila hujan sukar untuk membezakan permukaan jalan yang berlubang.

2. Awasi Takungan Minyak 

Hujan menyebabkan minyak bertakung di permukaan jalan dan menyebabkan jalan menjadi licin.

3. Elakkan Anak Panah dan Tanda di Permukaan Jalan 

Tanda-tanda yang dicat di permukaan jalan raya boleh menjadi licin apabila dibasahi air hujan.
lebih-lebih lagi sekiranya tayar tidak mempunyai bunga/botak/licin

4. Jaga Jarak Selamat semasa Membrek 

Jalan raya yang licin mengurangkan cengkaman tayar motosikal, pastikan ada jarak yang selamat di antara kenderaan hadapan dan belakang bagi memudahkan membrek.

5. Cari Hentian Rehat

R & R, Bustop, Stesen Minyak, Restoran atau tempat - tempat yang sesuai.
Elakkan berteduh di bawah pokok dan tempat yang bahaya

Pandu perlahan. Hujan lebat menurangkan keupayaan untuk melihat

6. Jelas Dilihat

Hujan menyebabkan pengguna jalan raya yang lain sukar melihat anda.

Pastikan memakai baju hujan yang mempunyai pantulan cahaya bagi memudahkan untuk dilihat dan pemandu lain sedar akan kewujudan penunggang motosikal di atas jalan raya.


Sekiranya bermanfaat, sebarkan untuk manfaat bersama.

Sumber: JKJR & Penulis sendiri

Post a Comment

0 Comments