MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Tambang Percuma Khas Untuk OKU


Malaysia sememangnya prihatin terhadap kebajikan Orang Kurang Upaya (OKU) dari aspek pendidikan, ekonomi, sosial, pekerjaan, undang-undang dan sebagainya.

Sehingga kini, terdapat 560 buah Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) yang telah memberi manfaat kepada seramai 19,997 OKU di seluruh negara.

Kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat  (KPWKM), Kendalian Prasarana Malaysia Sdn Bhd mengambil inisiatif memberikan tambang percuma kepada OKU sempena maraikan sambutan Hari OKU sedunia pada 3 Disember baru-baru ini.

Kini KPWKM memberikan tambang PERCUMA untuk perkhidmatan LRT, MRT & Monorel kepada semua golongan OKU bersama seorang pembantu/pengiring (sekiranya perlu) pada 7 & 8 Disember 2019 (Sabtu & Ahad) 6.00 pagi - 12.00 tengah malam.

Sila kemukakan KAD OKU yang sah untuk mendapatkan token perjalanan.



Sumber : kpwkm 

Post a Comment

0 Comments