MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Shahmeer & Shaheer Memenangi Anugerah Pencipta Antarabangsa (WIA)



Dua beradik dari Sekolah Kebangsaan (SK) Bandar Behrang 2020, Tanjung Malim, Perak. Shaheer Pandurar, 10 dan Shahmeer, 12, menerima Anugerah Pencipta Antarabangsa (WIA) sempena Festival Anugerah Pencipta Antarabangsa (WIAF) yang berlangsung di Seoul, Korea Selatan, baru-baru ini.

Anugerah diterima melalui inovasi dan reka cipta Basikal Pengecas atau dikenali sebagai Enviro Cycle Charger yang dibeli oleh bapa mereka dengan harga RM7 sahaja daripada seorang penjual.

Walaupun menerima anugerah melalui pos, namun dua beradik tetap berbangga kerana dapat mengharumkan nama negara dalam bidang inovasi dan reka cipta pada peringkat antarabangsa.

Shahmeer berkata, mereka berdua tidak berpeluang terbang ke Seoul kerana tidak berkemampuan daripada segi kewangan tetapi atas usaha guru Sains, Dr S Santharasekaran, membawa hasil inovasi dan reka cipta itu ke WIAF, nyata usaha itu berbaloi.

Mereka gembira kerana mampu menghasilkan basikal yang boleh menghasilkan tenaga elektrik ketika ditunggang.

“Kami terkejut apabila dipanggil oleh pihak sekolah semalam untuk menerima anugerah ini yang diposkan oleh pihak penganjur, walaupun kami tidak dapat hadir ketika festival berlangsung.

“Anugerah ini sangat bermakna kepada kami berdua sepanjang kami membabitkan diri dalam bidang inovasi dan reka cipta,” 

Sepanjang tahun ini, dua beradik itu dibantu seorang lagi adik mereka, iaitu Shazlan berusia 9 tahun memenangi lapan pingat emas, empat perak, satu gangsa dan dua anugerah ‘Best Of The Best’ beberapa pertandingan peringkat kebangsaan dan antarabangsa.

Shameer berkata, kejayaan demi kejayaan yang diperolehi semenjak menyertai pertandingan inovasi dan reka cipta memberi motivasi dalam mengubah masa depan kehidupan mereka.

Mereka kini bukan sahaja mula dikenali oleh masyarakat sekitar malah di seluruh negara, dan ramai yang ingin menjadi rakan untuk berkongsi maklumat dan kejayaan mereka melalui media sosial.

Sumber: Berita Harian & KPM

Post a Comment

0 Comments