Amanah Saham Bumiputera (ASB) akan mengagihkan RM9.0 billion kepda lebih 10 juta pelaburnya. Agihan pendapatan 5.00 sen seunit dan bonus sebanyak 0.5 sen seunit ini adalah 2.4 peratus lebih tinggi berbanding Deposit Tetap 2 Bulan dan mengatasi pulangan tahunan Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) sebanyak 12.7% (sehingga 16 Disember lalu).
Pemegang unit boleh menyemak dan mengemaskini akaun mereka melalui portal myASNB di myasnb.com.my atau aplikasi mudah alih myASNB atau di mana-mana pejabat cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara apabila urusniaga diteruskan semula pada Januari 2020.
Para pelabur juga boleh menyemak pengagihan pendapatan ASB dan Bonus ASB mulai 2 Januari 2020 di cawangan ASNB dan ejen di seluruh negara, melalui Portal/Aplikasi mudah Alih myASNB dan melalui penyata pengagihan pendapatan yang akan dihantar bersama dengan laporan pengurus kelak.
Sila layari www.pnb.com.my atau www.asnb.com.my untuk soalan lazim mengenai Pengumuman Agihan Pendapatan ASB 2019.
Sumber : myASNB
0 Comments