MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Rukun Haji Dan Wajib Haji


Rukun Haji adalah aktiviti yang mesti dilakukan oleh jemaah haji ketika mengerjakan haji. Jika tidak ditunaikan, haji seseorang itu tidak sah/tidak sempurna dan masih tertakluk dengan larangan ihram. Rukun Haji ada 6 iaitu: 

  1. Niat Ihram Haji
  2. Arafah
  3. Bergunting/Bercukur
  4. Tawaf
  5. Sa'ie Diantara Safa dan Marwah 
  6. Tertib Pada Kebanyakan Rukun 

Wajib Haji adalah aktiviti yang wajib dilakukan ketika mengerjakan haji. Jika tidak mengerjakan salah satu daripadanya haji tersebut tetap sah tetapi dikenakan dam/denda mengikut syarat-syaratnya dan menanggung dosa jika meninggalkan perkara tersebut dengan sengaja. Wajib Haji juga ada 6 iaitu:
  1. Niat di Miqat
  2. Larangan Ihram
  3. Bermalam (Mabit) di Mudzalifah 
  4. Melontar Jamrah Kubra pada 10 Zulhijjah 
  5. Bermalam (Mabit) di Mina 11,12,13 Zulhijjah 
  6. Melontar Ketiga - tiga Jamrah Pada 11, 12, 13 Zulhijjah 
Semoga informasi di atas memberikan manfaat kepada bakal-bakal haji.

Sumber : Tabung Haji Malaysia 

Post a Comment

0 Comments