Kes Kemalangan Langgar Belakang
Buat Laporan Polis dalam tempoh 24 jam dari kemalangan berlaku, pesalah akan didaman dan mangsa (yang kena langgar kenderaannya) boleh membuat tuntutan pihak ketiga
Kenderaan mangsa (yang kena langgar kenderaannya)bawa ke panel bengkel berdasarkan Cover Note insurans. Sebagai contoh mangsa guna insurans Takaful Etiqa , kenderaan tersebut kena bawa ke panel bengkel Takaful Etiqa.
Kenderaan tersebut jangan alihkan semasa kemalangan berlaku bagi proses ambil gambar dan laopran pihak polis, setelah selesai membuat laporan di Balai Polis , mangsa bawa kenderaan ke bengkel panel insuransnya.
Pastikan buat salinan di bawah 2 set (1 set untuk pihak polis & 1 set untuk panel bengkel):-
- Kad Kenderaan
- Cover Note Insurans/Polisi Inusrans
- Kad Pengenalan Pemilik Kenderaan
- Lesen memandu pemandu (mangsa)
Dalam 2 hari bekerja, datang semula ke Balai Polis untuk mengambil keputusan laporan penyiasatan polisbagi mengesahkan siapa yang bersalah dalam pelanggaran tersebut. NCD Pesalah akan digunakan semasa proses tuntutan insurans.
Sumber : Penulis sendiri Ejen Takaful Am
0 Comments