Daripada
Abu Aus bin Aus RA bahawa Rasulullah SAW bersabda :
Sesungguhnya di antara hari yang paling mulia bagi kamu semua ialah hari jumaat, oleh yang demikian hendaklah kamu semua
memperbanyakkan membaca selawat
kepadaku pada hari itu,
kerana sesungguhnya ucapan selawat
kamu semua akan ditunjukkan kepadaku (pada hari
kiamat nanti).
Huraian
Hadith:
- Hari jumaat merupakan hari yang paling digalakkan kepada kita supaya memperbanyakkan beramal, kerana itu penuh dengan keberkatan dan kebaikan seperti yang dijanjikan oleh Rasulullah SAW.
- Untuk mengerjakan amal kebajikan janganlah ditangguh-tangguh dan mengira masa, kerana setiap amal yang baik akan dibalas dengan ganjaran pahala.
- Orang yang paling banyak berselawat kepada Rasulullah SAW akan mendapat syafaat Baginda pada hari akhirat nanti dan paling hampir dengan Baginda.
(Hadis
Riwayat Abu Daud dengan isnad yang sahih)
Sumber: JAKIM
0 Comments