McDonald’s di Malaysia
dimiliki sepenuhnya oleh syarikat Lionhorn Pte Ltd dari Arab Saudi, di bawah
sistem francais yang dikenali sebagai “Development Licensee” (DL).
Melalui sistem ini, McDonald’s
Corporation di Amerika Syarikat telah memindahkan hak milik mereka ke atas McDonald’s
di Malaysia kepada syarikat Lionhorn Pte Ltd telah diberi lessen untuk
mengendalikan sepenuhnya operasi McDonald’s di Malaysia dan Singapura.
Sistem ini bertujuan
untuk mempercepatkan pertumbuhan pasaran McDonald’s di Malaysia di mana pihak Lionhorn
Pte Ltd mampu menyuntik modal bagi membuka lebih banyak restoran McDonald’s dalam tempoh yang lebih singkat.
Syarikat Lionhorn Pte
Ltd adalah salah sebuah anak syarikat Reza Group yang diterajui oleh Sheik Fahd
dan Abdulrahman Alireza. Mereka memiliki pengalaman selama lebih 20 tahun dalam
mengendalikan lebih kurang 100 buah restoran McDonald’s di bahagian barat dan
selatan Arab Saudi. Termasuk 23 buah restoran McDonald’s di Kota Suci Mekah dan
Madinah.
McDonald’s merupakan
rangkaian restoran perkhidmatan segera pertama di Malaysia yang menerima
Pensijilan Halal daripada Bahagian Hal Ehwal Islam di Jabatan Perdana Menteri
pada awal 90-an
Kesemua makanan dan
minuman yang dihidangkan oleh McDonald’s Malaysia dijamin 100% Halal oleh
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan lain-lain badan pengiktirafan Halal
yang diluluskan oleh JAKIM.
Jawatankuasa Halal
Dalaman McDonald’s di Malaysia telah ditubuhkan pada Mac 2013 dengan matlamat
memastikan bahawa kesemua standard Halal dipatuhi sepenuhnya. Ahli-ahlinya
memwakili pihak Lembaga Pengarah Syarikat dan jabatan-jabatan penting seperti
Rantaian Bekalan, Jaminan Kualiti, Operasi, Sumber Manusia dan Pemasaran.
Dua (2) orang pakar
Syariah dari luar telah dilantik sebagai Penasihat Syariah kepada Jawatankuasa
Halal Dalaman ini
10 Disember 2019 (semalam)
Lionhorn Pte Ltd membuka satu lagi cawangannya Restoran McDonald’s bertempat di
Semporna, Sabah dan telah di rasmikan pembukaanya oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk
Seri Mohd Shafie Apdal.
Pembukaan cawangan restoran McDonald’s di negeri
ini dilihat bukan sahaja menguntungkan syarikat berkenaan malah mampu membantu
rakyat dengan menyediakan peluang pekerjaan.
Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal
berkata sebanyak 300 peluang peluang pekerjaan disediakan yang dapat
mengelakkan migrasi penduduk dalam kalangan anak muda.
Sementara itu, Pengarah Urusan dan Rakan Operasi
Tempatan McDonald’s Malaysia, Azmir Jaafar berharap syarikat memainkan peranan
kearah kesejahteraan masyarakat, lebih-lebih lagi melibatkan golongan
masyarakat memerlukan di sekitar lokasi operasi
“Semoga pembukaan restoran terbaharu kami di
Sabah ini membuka peluang pekerjaan dan ruang kearah pembangunan bakat,
khususnya mereka yang tinggal di Semporna.
“Di samping merancakkan lagi ekonomi negeri,
besar harapan kami supaya perniagaan kami di Sabah membolehkan kami meringankan
beban lebih ramai golongan masyarakat kurang bernasib baik di negeri ini,”
jelasnya.
Sumber: McDonald’s Malaysia Portal & SabahNewsToday & Google Imej
0 Comments