MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Penjelasan Isu Status Halal Tealive



Untuk makkuman tular yang diubahsuai oleh pihak tidak bertanggungjawab tersebut adalah *TIDAK BENAR*. Pihak JAKIM menegaskan premis makanan Tealive yang diusahakan oleh syarikat Loob Integrated Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah. 

Justeru,  masyarakat dinasihatkan agar lebih berwaspada sebelum menyebarkan sesuatu maklumat yang menular berkaitan isu halal yang tidak diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak autoriti agar tidak terjebak ke kancah fitnah, salah faham sesama ummah dan menjejaskan keharmonian negara.

Pihak JAKIM juga ingin menasihati masyarakat agar menjadi pengguna yang bijak, bermaklumat dan berakhlak mulia supaya tidak mudah dipengaruhi dengan sebaran palsu seperti ini.

Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang memiliki Sijil Pengeshaan Halal Malaysia (SPHM) sila layari portal Halal Malaysia di www.halal.gov.my semakan juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verify Halal.

Harap maklum dan terima kasih "Yakini Halal Malaysia "

Untuk pertanyaan lanjut hubungi: 03 - 88925000/1

Emel: pr_halal.islam@1govuc.gov.my

Artikel disiarkan pada 05 September 2019 oleh JAKIM, dikeluarkan semula pada 01 Disember 2019 bagi menjawab pertanyaan awam yang timbul baru - baru ini.

Sumber : Seksyen Komunikasi Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).

Post a Comment

0 Comments