Pada 21 Oktober 2019 Seksyen Komunikasi
Korporat, Bahagian Pengurusan Halal, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia telah
mengeluarkan penjelasan berkaitan Status Halal Premis Makanan Sceret Recipe
yang ditularkan di Astro Awani.
Untuk makluman pengguna, tular tersebut
merupakan isu lama yang berlaku sekitar tahun Mei 2015 dan kini premis makanan
Secret Recipe Cakes & Café Sdn Bhd merupakan pemegang Sijil Pengesahan
Halal Malaysia (SPHM) yang masih sah.
Justeru, masyarakat dinasihatkan agar lebih
bereaspada sebelum menyebarkan sesuatu tular berkaitan isu halal yang tidak
diketahui status kebenarannya dengan merujuk pihak berautoriti agar tidak
terkebak ke kancah fitnah dan salah faham sesame ummah yang akan menjejaskan
keharmonian negara.
Untuk mengetahui produk dan premis makanan yang
memiliki SPHM, sila layari portal Halal Malaysia di halal.gov. Semakan
juga boleh dilakukan melalui aplikasi telefon pintar Verfy Halal.
Untuk keterangan lanjut sila hubungi:
Seksyen
Komunikasi Korporat,
Bahagian
Pengurusan Halal,
Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia.
Email:
pr_halal.islam@1govuc.gov.my
0 Comments