MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Pembangunan Baharu Bandar Malaysia


Perdana Menteri Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad menyaksikan Majlis Menandatangani Perjanjian Pembangunan Bandar Malaysia telah diadakan hari ini ( 17 Disember 2019) dan diiringi oleh Menteri Kewangan Malaysia YB Lim Guan Eng bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya.


Dalam perucapan beliau, penerusan projek Bandar Malaysia membuktikan kerjasama baik yang terjalin antara Malaysia dan China, sepertimana Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), projek Bandar Malaysia diteruskan dalam konteks lebih besar dari segi jalinan dan hubungan dua hala dan perdagangan jangka panjang antara Malaysia dan China.



Pembangunan baharu Bandar Malaysia bukan eksklusif bagi golongan kaya kerana kerajaan telah menyemak semula pelan pembangunannya dengan memasukkan pembinaan 10,000 unit rumah mampu milik.



Projek Bandar Malaysia dibangunkan semula dengan beberapa penambahbaikan. Antaranya pemendekan tempoh pembayaran oleh pemaju dari 7 tahun ke 3 tahun, peningkatan kediaman mampu milik dari 5,000 ke 10,000 unit dan peningkatan dividen yang diperolehi kerajaan dari 40% ke 50%.



Sumber : Twitter @chedetofficial. Jabatan Penerangan,  MOF,  dan Twitter  Azmin Ali

Post a Comment

0 Comments