MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Panduan Haji/Umrah Di Tanah Air & Tanah Suci


Setiap Tahun bagi sesiapa yang terpilih untuk menunaikan fardhu Haji dan Umrah adalah mereka yang bertuah kerana tidak semua orang dapat melaksanakan ibadat fardhu Haji dan Umrah.

Berikut dikongsikan panduan Haji dan Umrah sebelum (Tanah Air) dan semasa di Tanah Suci (Makkah).

Tanah Air
  1. Hadir ke kursus perdana Haji/Umrah
  2. Buat senarai semak barangan keperluan seperti pakaian, beg, barang mandian, kasut, wangian dan sebagainya 
  3. Ulangkaji nota/buku ibadat Haji dan Umrah 
  4. Semak tarikh luput passport 
  5. Lakukan senaman ringan secara berkala 
  6. Banyakkan berdoa memohon keampunan kepada Allah swt
  7. Tingkatkan amalan seperti membaca Al-Quran, berdoa, berzikir dan bersedekah 
  8. Lakukan pemeriksaan kesihatan dan dapatkan suntikan vaksin yang disarankan 
  9. Pastikan ubat - ubatan yang dibawa mencukupi
  10. Daftar masuk pada waktu yang ditetapkan 
  11. Jangan bawa barang larangan dalam pesawat seperti racun, bahan kimia dan benda tajam dan seumpamanya 
  12. Bawa dokumen yang diperlukan semasa mendaftar di kaunter pendaftaran seperti passport, buku haji/umrah dan yang berkaitan 
  13. Menyemak jadual penerbangan agar tidak terlepas 
Tanah Suci 
  1. Patuhi peraturan yang ditetapkan oleh Tabung Haji/Autoriti yang diberi kuasa dalam urusan Haji/Umrah/pihak berkuasa tempatan
  2. Keluar secara berkumpulan 
  3. Digalakkan memakai topeng muka 
  4. Pakai penutup hidung dan mulut ketika aktiviti luar 
  5. Banyakkan bersabar kerana situasi dan ujian dari Allah swt dalam mencari Keredahaan-Nya
Semoga informasi di atas dapat memberikan manfaat kepada bakal - bakal Haji dan Umrah. Panduan Di atas hanyalah sebahagian sahaja untuk maklumat lanjut dapatkan dari Lembaga Tabung Haji (TH) / Muatawif / orang yang telah melaksanakan ibadat Haji/ Umrah serta buku panduan haji dan umrah.

Sumber: TH 

Post a Comment

0 Comments