MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Muhammad Haiqal Hanafi Raja Pecut Asia Tenggara 2019


Muhammad Haiqal Hanafi muncul sebagai Raja Pecut Asia Tenggara selepas meraih pingat emas acara 100m Sukan SEA ke-30 2019, Filipina di Stadium Olahraga New Clark City, dengan catatan masa 10.35 saat (s).



Pelari berusia 20 tahun itu, muncul juara selepas mengatasi pencabar utama dari Thailand, Ruttanapon Sowan di tempat kedua dengan 10.49s dan Lac bandit Chuanchai juga dari Thailand dengan catatan 10.52 saat (s) cukup untuk menjulangnya di tempat ketiga.


Catatan itu bukan saja memastikan dia mengambil alih status raja pecut Asia Tenggara daripada rakan senegara, Khairul Hafiz Jantan yang memenanginya dua tahun lalu di Kuala Lumpur tetapi juga memperbaharui rekod peribadinya.

Tanpa berselindung, raja pecut baharu Asia Tenggara, Muhammad Haiqal Hanafi mengakui rakan seangkatannya Khairul Hafiz Jantan turut memainkan peranan penting di sebalik kejayaannya memenangi pingat emas 100m. 


"Selepas berakhir aksi separuh akhir, Khairul Hafiz Jantan telah memberi saya semangat dan cuba membantu meningkatkan teknik larian saya.

Jelas Haiqal, kejayaan itu amat bermakna baginya kerana ia adalah penampilan sulungnya dalam acara individu di pentas Sukan SEA.

"Kejayaan paling besar saya sebab ini adalah kali pertama saya beraksi dalam acara individu di Sukan SEA dan saya buktikan saya boleh lakukan. Saya pun tak jangka saya boleh menang.

Sebelum ini Khairul Hafiz bin Jantan dengan catatan masa 10.18 saat (s).

Sumber: Akbar Tempatan & RTM

Post a Comment

0 Comments