MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Memperkemas, Memansuh dan Meminda Akta-Akta


Kerajaan Malaysia bakal memperkemaskan lagi akta-akta yang dikenal pasti, sama ada melalui pemansuhan menyeluruh atau pindaan peruntukan tertentu supaya terdapat keseimbangan antara keperluan penjagaan hak, kepentingan dan keselamatan negara dengan hak asasi manusia serta prinsip keadilan yang diinginkan rakyat.

Namun, jelas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad ia perlu dilaksana selepas kajian mendalam dan berhati-hati agar negara ini dapat ditadbir dengan baik dan kemakmurannya dapat dikecapi bersama.

Antara akta-akta berkenaan ialah Akta Hasutan 1948 (15), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Akta 297), Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Akta 301), Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Akta 747) dan Akta Majlis Keselamatan Negara 2016 (Akta 776).

Sumber: RTM & Jabatan Penerangan Malaysia

Post a Comment

0 Comments