MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Membaca Quran Elektronik



Soalan:

Adakah membaca Quran tanpa wuduk dari skrin elektronik mendapat pahala atau tiada mendapat pahala baginya?

Jawapan:

Membaca Quran yang mulia dari skrin elektronik ada baginya pahala dengan setiap huruf sepuluh kebajikan. Dan sekalipun yang membaca itu tidak ada wuduk asalkan tidak ia dalam keadaan junub atau haidh atau nifas atau melahirkan anak yang belum mengerjakan mandi selepasnya.

Akan tetapi pahala membaca Quran dari helaian mushaf adalah lebih banyak dari pahala membaca dari skrin elektronik. Ini adalah kerana melihat kepada helaian mushaf adalah ibadah yang tersendiri dengan disandarkan kepada ibadah membaca Quran.

Dan skrin elektronik itu bukanlah mushaf dan tiada baginya hukum mushaf pada keseluruhan.

Maka diriwayatkan dari Abdullah bin Mas'ud r.a katanya: Rasulullah saw telah bersabda:

Ertinya: "Barang siapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah maka baginya satu pahala dan satu pahala itu diganda sepuluh. Tidaklah aku katakan Alif Lam mim itu satu huruf tetapi Alif satu huruf dan Lam satu huruf dan Mim satu huruf."

(Hadis Diriwayatkan oleh Tirmizi)

Dan sabda Nabi saw:

Ertinya: " Belajarlah kamu sekalian akan Quran dari kerana sungguhnya kamu sekalian diberi pahala dengan tiap satu huruf akan sepuluh pahala. Sanya tidaklah aku katakan Alif Lam Mim akan tetapi dengan Alif dan Lam dan Mim masing-masing huruf itu sepuluh pahala."

(Hadis Diriwayatkan oleh Ad-Darimi)

Dan sabdanya satu huruf dari kitab Allah bukanlah bermaksud disyaratkan membacanya dari mushaf untuk mendapat pahala tersebut. Maka Nabi saw tidak ada membaca dari mushaf dan belum lagi mushaf itu dikumpulkan pada satu kitabpada zaman Nabi.

Dan para sahabat pula ada yang tidak mempunyai penglihatan atau lain dari yang demikian itu. Dan seiring dengan hadis ini sebenarnya menunjukkan atas mencakupi juga mendapat pahala membaca Quran dari skrin elektronik pada zaman sekarang.

Wallahua'lam


Sumber: Ustaz Azhar Idrus

Post a Comment

0 Comments