Maksud
sebenar penggunaan kata “Jazaakallah” yang sering kita katakan melalui ucapan
atau melalui penulisan atau di laman sosial/WhatApps/Telegram/WeChat dan
sebagainya.
Di bawah
dikongsikan makna perkataan dan kepada siapa perkataan tersebut sesuai
diberikan/diucapkan:
LELAKI (1 ORANG)
Jazaakallahu Khairan - Bermaksud semoga
Allah swt membalasmu dengan kebaikan dan diucapkan kepada LELAKI.
WANITA/PEREMPUAN (1 ORANG)
Jazaakillahu Khairan - Bermaksud semoga
Allah swt membalasmu dengan kebaikan dan diucapkan kepada WANITA/PEREMPUAN.
SEKUMPULAN/SEKOLOMPOK (JAMAK)
Jazaakumullahu Khairan - Bermaksud
semoga Allah swt membalas kamu semua dengan kebaikan dan diucapkan kepada SEKUMPULAN/SEKOLOMPOK.
Jawaban
dari Ucapan “Jazaakallahu Khairan”
“Wa anta
fazajakallahu Khairan” atau “Wa jazaakallahu Khairan”
“Wa antum
ma’syaral Anshar, fa jazaakumullahu Khairan”
Boleh
juga seperti ayat di bawah:
Wa iyyaka
(untuk seorang lelaki)
Wa iyyaki
(untuk seorang perempuan)
Wa
iyyakum (untuk ramai/sekumpulan/sekolompok)
Bermaksud
“Dan ke atas kamu juga”
Rasulullah
saw bersabda yang ertinya:
“Barang siapa yang diberikan satu
perbuatan kebaikan kepadanya lalu dia membalasnya dengan mengatakan :
Jazaakallahu Khairan (Semoga Allah membalasmu dengan kebaikan), maka sungguh
hal itu telah mencukupi dalam menyatakan rasa syukurnya.”
(Hadis
Riwayat At-Tirmidzi dan An-Nasaai)
Umar bin
Khattab r.a berkata:
“Andaikata salah seorang di
antara kalian mengetahui apa yang akan dia dapatkan dari mengucapkan
Jazaakallah Khairan kepada saudaranya, niscaya dia akan memperbanyak mengucapkannya
di antara mereka”.
(Riwayat
Ibn Abi Syahbah 1/436)
Ucapkanlah
selalui doa di atas kepada isteri, anak-anak, kedua ibubapa, adik-beradik, sahabat
dan orang yang hampir dengan kita sebagai pengganti atau tambahan ucapan “Terima
Kasih” kerana doa di atas adalah yang lebih utama dari sekadar ucapan Terima
Kasih.
Semoga
informasi di atas bermanfaat kepada kita semua dan sekiranya bermanfaat
sebarkan, agar pahala tersebut dikongsikan bersama.
Sumber:
muslimfisabilillah, sahabatsunnah dan penulis sendiri
0 Comments