MyWilayah.com

Bahan Ilmiah Sepanjang Zaman

Informasi Terkini

Makanan Terbaik Sewaktu Datang Haid


1. Perbanyakkan Minum Air 

Sewaktu datang haid/datang bulan seseorang itu sedang kehilangan banyak cecair dalam tubuh badan dan ketika ini badan memerlukan air yang banyak bagi mengimbangi cecair yang keluar dari badan. Minum air masak dan bersih adalah yang terbaik. 

2. Makan Sayuran Hijau 

Sarat dengan nutrien besi yang diperlukan tubuh ketika sedang datang haid. Namun jangan terlalu banyak makan sayuran hijau bagi mengelakkan kembung perut.

3. Ikan

Ikan salamon dan tuna antara ikan yang mempunyai Omega 3 dan lemak asid yang baik merehatkan otot dalam badan dan mengurangkan kekejangan.

4. Buah Pisang

Salah satu daripada sumber utama kalium, Pisang kaya dengan vitamin B6 dan lain -lain kesan glukosa darah yang membantu meningkatkan mood anda. Pisang juga berfungsi sebagai mengawal cirit birit semasa kedatangan haid.

5. Kekacang

Sumber zat besi yang terbaik , pengambilan kekacang adalah cara terbaik mengembalikan kesimbangan badan. Kekacang perlulah dimakan secara sederhana kerana kekacang boleh menyebabkan kembung perut jika diambil secara berlebihan.

Sumber : produk tempatan 

Post a Comment

0 Comments